Thursday, February 6, 2014

.boleh tak saya u-turn???


assalamualaikum kepada semua..


aku selalu terfikir..
kalau aku nak pegi somewhere yang jarang aku pegi..
boleh tak aku sampai TANPA SESAT..
lagi2 kalo aku yang lead jalan..lagi aku cuak...
kalau dah sesat macam mane?? 
atau kat depan dah jalan MATI..
atau aku xkan sedar pun yang sebenarnya aku nie dah salah jalan..
dan aku terus je jalan dekat highway yang salah..
elok2 nak pegi selatan aku terpegi pulak ke utara..

tapi bila aku dah sedar yang aku di laluan yang salah..
ape yang aku nak buat??masih nak pegi selatan atau tukar plan pegi utara??
ok la xyah pikir banyak kita pegi je utara..
lagipun dah nak sampai dah nie pun..
tapi hati aku sentiasa terdetik bahawa tempat aku sebenarnya di selatan..
kalau aku nak pegi ke destinasi asal aku..ape aku nak buat??
dan kalau kat depan dah jalan mati, ape yang aku nak buat??
lagi takut kalau aku sorang je dalam keta..ape yang aku nak buat???


suzi..jangan sedih..ALLAH kan ada..kau tak sorang2..
kalau dah salah jalan..u-turn je la..
kalau kat depan dah jalan mati ko reverse je la..
mungkin perjalanan ke sana akan sangat panjang atau aku akan sesat lagi...

tapi yang penting aku kena percaya dan yakin yang ALLAH sentiasa ada..
dan make sure aku kena tgk signboard betul2..baru la ada panduan..
insyaAllah aku akan sampai ke destinasi yang sebenar..


sama la jugak dengan kehidupan sebagai hamba ALLAH..
kalau kita dah tersesat dan termelencong dari landasanNya..
jangan bersedih dan merasakan segala sudah berakhir..
jangan takut untuk cari tempat u-turn dan kembalikan hati kita kepadaNya
jangan gusar untuk reverse dan meninggalkan segala yang melampaui batas..
mungkin laluan ke destinasi yang sebenar akan lebih panjang dah banyak kayu2 balak kat atas jalan...
tapi itu adalah ujian dariNya..bukan kerana Allah tak sayangkan kita..
tapi Allah nak meninggikan darjat kita di sisiNya..

tapi aku sedar aku hamba yang selalu lalai dan banyak kekurangan..
dan aku takut apa yang aku rase ketika ini hanyalah SEMENTARA..
dan akhirnya aku kembali ke tempat yang sama..
aku insan biasa. iman aku yazid wa yanqus..
sekejap naik, sekejap turun..
tapi aku tak boleh putus asa..
aku tak boleh putus asa dalam bertaubat kepada Allah..
walaupun ada kemungkinan yang besar aku akan melakukan dosa yang sama..


dalam sebuah hadis yang panjang..Rasulullah (s.a.w) ada bercerita perihal 
betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah..
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat..
tidak lama..dia melakukan dosa lagi dan kembali bertaubat...
BERULANG KALI...
lalu sampai bila Allah mahu mengampunkan??
Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun..
ya, Allah tidak pernah jemu untuk memberi keampunan..
cuma kita yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun...

Allah sayang kat aku..tapi kenapa aku selalu x sayang diri aku sendiri??


P/s: sorry meninggalkan kamu gtu je,tnpa assalamualaikum. aku harap kau baca nnti. tq dah bahagiakan :) jom sama2 reverse or u turn :) harap kita sama2 dapat gapai redha Allah. in shaa Allah. 

.chance.choice.changes.




Assalamualaikum 
kepada semua..
aku dah hidup di muka bumi nie hampir 20 tahun..
macam2 yang terjadi dalam diari hidup aku..
ade yang hepi,ade yang sedih, ade yang perit, ade yang sakit dan ade yang bahagia..
tapi tak semua jalan cerita ini aku kongsi kepada semua..
even to you my besties...
biar aku kekal menjadi suzi yang bahagia..

selama 20 tahun aku hidup di muka bumi nie aku dah banyak buat dosa..
dosa terhadap Pencipta Yang Esa..
dosa terhadap family aku..
dosa terhadap kawan2 terbaik yang aku ade..

ye aku sedar yang aku x pernah bunuh orang, berzina, merompak dan sebagainye..
tapi aku selalu melakukan dosa2 kecil yang aku sedar mahupun x sedar...
sehingga akhirnya menjejaskan hubunganku denganNya..
dan aku pun sedar yang aku sayang sgt family n kawan2 terbaik aku..
tapi aku x sedar yang semakin banyak aku sayang mereka,
semakin banyakla aku menyakiti mereka..
aku cuba buat yang terbaik tapi aku sedar itu x cukup..
kepada semua MAAFKAN AKU...

aku bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang
untuk aku merasai ape yang aku rase pada saat ini..
aku bersyukur kerana aku dikurniakan insan2 terbaik..
aku bersyukur kerana belum terlambat utk aku membetulkan ape yang salah...
aku bersyukur..

aku ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik..
hamba yang lebih baik kepada PenciptaNya..
anak dan adik yang lebih baik kepada family yang tersayang..
dan sahabat yang lebih baik kepada kawan2 yang terbaik...

tapi aku x berani janji yang aku sentiasa berada di landasan..
mungkin ade saatnya aku mengulangi kesalahan yang sama..
dan sekali lagi menyakiti mereka...
kerana aku tak tahu ape yang berada di hadapan..
hanya kepadaNya aku berserah agar segalanya menjadi lebih baik
dan istiqamah dalam melakukan yang terbaik..
dan aku memerlukan mereka2 yang akan sentiasa bersama
aku even saat aku jatuh, terduduk atau tegak berdiri..

i've got the CHANCE..
and i must CHOOSE whether i want to standing in the same place..
or make a changes and move forward..

Biarkan AIr mAtA Ini MEnGaLiR lAgi....

"tiada cara lain dah selain surgery dik.. takes 7 or 8 hours you are in coma "


"just doa dik, mmg surgery ni berisiko tinggi sebab berkait dengan saraf"- said DR marzuki

saat airmata ini ingin mengalir...

biarlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..saat hati ini rapuh...Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...saat aku kesunyian sendirian,Engkaulah teman paling hampir...yang dapat ku adukan segala resah hati kecilku....saat aku kelelahan kerana kelemahan diri yang tak mampu aku atasi..Kau setia mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah kekuasaanMu dan bukan kekuasaan aku..aku hanya berusaha dan Kau yang menentukan segalanya...kerana segala-galanya tertakluk pada kehendakMu jua...dan biarkan air mata ini terus mengalir membasahi sejadah iman..agar aku sedar Kau adalah teman sejati tika suka dan dukaku...kerana KAU KEKASIH ABADIKU....ALLAH HU RABBI....INNAMA ASYKU BASSI WA HUZNI ILA ALLAH...

Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI !! "....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....

doakan ana kalian :) moga ana kuat :)

Saturday, February 1, 2014

scoliosis


Dulu masa sekolah, aku minat sangat ngan bidang perubatan ni.. Siap masuk Kelab Kesihatan Sekolah lagi.. Kenal ngan doktor-doktor, MA-MA.. Sampai sekarang ada antara diorang masih ingat kat aku... Walau macam mana pun, aku takleh join bidang ni atas sebab masalah kesihatan aku..

Berbalik pada tajuk, berapa orang antara kita pernah dengar perkataan Scoliosis? First time aku tau pasal scoliosis ni masa nak masuk matrikulasi. Scoliosis ni adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang belakang seseorang individu tu menjadi bengkok, sama ada dalam bentuk 'S' atau 'C'. Sila layan gambar di bawah.


Apa faktor-faktor yang menyebabkan scoliosis ni? Sehingga kini punca penyakit ni masih tak diketahui dengan tepat. Dipercayai, faktor genetik atau keturunan turut menjadi punca. Menurut doktor, penyakit ni lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki.

Macam mana nak cam kewujudan penyakit ini? Ada banyak cara tapi paling simple bila kita tengok ketinggian bahu kanan dan kiri tak sama. Selain tu, kalau individu tu berdiri dalam keadaan rukuk (kedudukan waktu solat) atau sujud, kita akan nampak belakang dia agak timbul sebelah. Penyakit ni akan mula menunjukkan rupa ketika berumur 11 hingga 15 tahun..

Rawatan dia apa ek? Scoliosis takde penawar. Cuma doktor dapat mengawal keadaan dari menjadi lebih teruk. Teknik yang digunakan sama ada pakai 'brace' atau pembedahan. Selain itu, berenang juga dapat membantu menguatkan otot tulang belakang untuk elak ia menjadi lebih teruk.

Bahaya tak Scoliosis ni? Pesakit biasanya tak sakit pada peringkat awal. Tapi, bila keadaan makin teruk, organ dalaman mungkin terhimpit dan memberi kesan pada paru-paru. Bagi perempuan, ia akan memberi masalah ketika hamil.

Ok, cukup lah tu. Nak banyak leh tanya pakcik Google yer.. 

Wednesday, August 21, 2013

Allah tak sayang kita?


Assalamualaikum..

this post is dedicated to you dear ukhti.
dan readers sekalian untuk iktibar.. 
dengan izin Allah...

"dia tggalkan aku. dia x syg kan aku, semua janji manis ditaburkan. tp rupa-rupanya dia minat perempuan lain.."
"percaya kat Allah syg, . kalau ana , ana pikir org lain ramai lagi . jodoh Allah dah tulis kita ngn sesape. Mungkin hari ni kita terpaksa berpisah dgn dia dan tidak mustahil kita akan jumpa plak dgn dia , .......
kalau dia tu jodoh enti, dia pergi jauh mana pun, dia tetap akan cari enti nnti. percaya kat Allah "
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"
Al-Baqarah: 286
Akan ada yang berkata.. "usah fikirkan, ini hal furu'.. percaya pada jodoh dan ketentuan"
tidak kurang juga.. "ukhti. ukhti under tarbiyah, tak kan hal-hal macam ni pun jadi kes?"
tidak lupa.. "orang sedih pasal ummah.. ko sedih pasal perkara macam ni?"

sesungguhnya, mulut senang bercakap, tangan pantas menaip, otak mudah melontar pendapat..

hakikatnya..

empunya badan yang menanggung..
ujian diturunkan berbeza-beza ke atas setiap hamba, 
ada yang mudah memanjat, mungkin lemah berenang.. 
ada yang mahir terbang, mungkin lambat berlari..
ini sebahagian dari ketentuan Al-Baari’
kita hormat jihad yang mereka lalui..

atau mungkin juga Al-Hakam ingin menghapus dosa kita dengan turunnya ujian..
apa yang pasti, Allah rindukan rintihan hambaNya dalam setiap ujian..

"tapi aku dah doa tiap-tiap hari.. tiap-tiap kali habis solat.. kenapa Allah tidak makbulkan?"

bayangkan ketika kita kecil.. kita ternampak pisau di dapur..
sebab pisau tu berkilat, shiny, anggun, plus kita selalu nampak mama main dengan pisau tu..
kita jadi tertarik..


lalu kita hampiri pisau tu dengan penuh harapan..
tapi bila kita almost grab the knife, mama kita sempat capai dulu dan sembunyikan..


kita? kita akan menangis, merayu, mengamuk kat mama sebab kita nak sangat pisau tu..
sebab apa? sebab kita bodoh.. ehem... sebab kita jahil (sopan sikit ayat tu ...)


adakah mama kita buat macam ni sebab tak sayang?
bahkan dia lebih tahu dari kita akan bahaya yang kita tak tahu pada waktu tu..






i know that feel sis....
i know...

itulah Allah kita.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita, bukan yang menghancurkan kita.. Alhamdulillah
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216
Allah itu tidak kedekut..
kerana Dia lah Al-Wahab...
Dia lah Ar-Razaq..
cuma pemberiannya mengikut keperluan kita..
Dia Al-Muqit..

Allahualam...

SUATU PERISTIWA DI SEKOLAH

Assalamualaikum...Khas untuk pasangan2 yg comel2 sekalian...sekadar perkongsian...^^

AL KISAH SUATU PERISTIWA DI SEKOLAH 

sepasang SWEET COUPLE sedang berjalan sambil berpegangan tangan 

● GF : awak ,, awak betul ke sayang saya ??
● BF : lautan api pun saya sanggup redah demi mencapai cinta awak ..
● GF : sayang awak ..
● MUDIR : ehem !! Lautan api pun sanggup diredah ?? lautan api Neraka sanggup x ??
● BF : alamak !! pengetua plak !!
● MUDIR : kamu berdua pergi ke pejabat saya sekarang !! :@

di pejabat pengetua ..

● MUDIR : awak betul sayang GF awak tu ??
● BF : sayang kot .. :')
● MUDIR : adakah lepas sekolah menengah awak akan bernikah dengannya ??
● BF : tak ..
● MUDIR : kenapa ?? -.-
● BF : sejahat² lelaki .. dia tetap akan memilih pasangan yang terbaik .. lelaki tidak mahu berkahwin dengan wanita yang MUDAH didapati .. :')

si BF pun beredar dan si GF masuk ..

● MUDIR : awak percaya BF awak akan berkahwin dengan awak ??
● GF : saya percaya !!

DUHAI KAUM HAWA ..
jangan mudah percaya dengan janji² palsu ..
jangan mudah percaya dengan kata² manis ..

KERANA ..
janji² palsu itu akan diketemui kebenaran yang amat menyedihkan ..
kata² manis itu akan menjadi pahit dan amat menyakitkan ..

DUHAI KAUM HAWA ..
jadilah sekuntum MAWAR BERDURI ..
yang CANTIK dipandang ..
namun SUKAR dicapai ..
disebabkan DURI yang mencucuk jari si PEMETIK ..

BERMULA SEBUAH KEBAIKAN ^__^ 

Thursday, August 15, 2013

Astagfirullah.. maafkan ana. ana terlupa kalimah itu

{muslimah itu tidak dipandang dan tidak memandang}" ♥


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ALLAH ALLAH ALLAH..
ampunilah hambaMU ini ya ROBBI...
aku telah mengotorkan hatiku ini..
sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG ya ALLAH..

*yakinlah bahawa DIA akan mengampunkan dosa-dosamu wahai diri..
DIA tidak kejam.. malah DIA MAHA PENYAYANG.. DIA lah MAHA SEGALA KEBAIKKAN..


kepada diri adam itu..
maafkan ana kerna telah mendatangkan kemarahan enta kepada ana..
sesungguhnya DIA mengetahui apa yang terjadi kepada ana..
ya adam.., ana yakin ana mengenali diri enta..
maafkan ana kerna muncul di hadapan enta..
ana terlupa kalimah itu.. maafkan ana..
kalimah itu {muslimah itu tidak dipandang dan tidak memandang}..
sungguh ana terlupa kalimah itu.. Astagfirullah...
semoga enta bahagia dengan dirinya hingga ke syurgaNYA..

"celakalah mereka yang memandang kecil dosa yang mereka lakukan ! ya ALLAH ! keluarkan daku daripada munafiq kepada siddiq ya ALLAH...! "
 Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah : Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)
"hatiku kini hanya cenderung kepadaNYA insyaALLAH sejak kau menjauhkan diri.."
"kepergianmu membawa berjuta hikmah kepada diriku.."
"ALLAHUALLAH.., keluarkan daku dari munafiq kepada siddiq ya ROBBI.."

"Ya ALLAH.., jika engkau halalkan aku merindui kekasihmu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU.. Ya ALLAH.., jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.. Ya MUHAIMIN.., jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU.. Ya ROBBANA.., jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari padaMU. Ya ROBBUL IZZATI.., jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui JIHAD dan SYAHID di jalanMU.. Ya ALLAH.., jika aku menikmati cinta kekasihmu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatn indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU, janganlah biarkn aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.. Ya ALLAH.., jika ENGKAU halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kekasihMU yang hakiki dan abadi.. kupuja ENGKAU wahai cahaya abadi bukan kerana aku takut siksa dariMU namun aku tak ingin ada cahaya lain yg membutakanku.. ENGKAU tempat seluruh rinduku berlabuh menghantarkan bait-bait syahadat pada puncak magfirahMU, kerlip lilin dalam gua kesadaranku senantiasa menyala, bersama tetes air mata dzikir yang tak henti dari bening bola mata.. patah-patah lidahku mengucapkan asmaMU meraih damai yang memancar dari 99 nama.. tak ada kematian selain kematian dengan memegang teguh panji-panjiMU ruhku masih menyebut asmamu ketika jasad tak lagi mampu menggerakkan Roka'at panjang keiklasan.. ALLAHummasolli'alasaidinaMuhammad wa'alaalihiwasohbihiwabarikwassalam wAlhamdulillahiROBBIL'alamin.."
"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^