Wednesday, February 6, 2013

Tak Kapel Tapi Kapel


\

Istilah "kapel" datangnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu couple. Pada asalnya, perkataan itu tidak membawa maksud "hubungan intim antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin" tapi entahlah macam mana, budaya Malaysia kita sudah memberikan takrifan kepada istilah "kapel" sebegitu rupa. Maka, saya akan gunakan takrifan yang sama dalam penulisan ini.

Ramai yang emel saya tentang relationship dan dalam banyak-banyak emel itu, isu yang kerap juga naik ialah isu yang saya kategorikan sebagai kapel "Islamik". Saya juga dengar pelbagai cerita tentang kapel "Islamik". Kapel "Islamik" ini satu fenomena yang - pada pengamatan saya - sudah lama berlaku. Isu ini ada dalam masyarakat, cuma mungkin tak ramai yang menyentuhnya. Saya letakkan perkataan "Islamik" di situ kerana hubungan ini pada permukaannya memang nampak dan bunyi "Islamik".


Tapi adakah dengan nampak dan bunyi "Islamik" sudah memadai untuk menjadikannya Islamik?


Fenomena ini menarik minat saya kerana pattern yang saya lihat adalah hampir sama dalam semua kes. Ini menunjukkan betapa tidak kreatifnya musuh kita iaitu syaitan. Asyik guna taktik yang sama je.


Tapi sedihnya, kita tertipu jugak. Ahaks!

"Eh, kami tak kapel. Dia bukan girlfriend saya."

Selalunya kita tidak akan menggelar si dia itu boyfriend atau girlfriend. Selalunya kita akan anti dengan gelaran-gelaran tersebut kerana dalam hati kita, sudah terang lagi bersuluh bahawa mempunyai boyfriend atau girlfriend itu salah di sisi agama.


Tapi apa yang kita tidak sedar ialah berkapel ini tidak perlukan declaration. Tidak perlu untuk kita declare secara lisan seperti "mulai hari ini, awak adalah boyfriend/girlfriendsaya." Tidak perlu juga untuk declare dalam bentuk pertanyaan seperti "awak nak jadiboyfriend/girlfriend saya?" Berkapel juga tidak perlukan panggilan comel-comel seperti sayang, hubbysweethearthoneycutie pie, balak, gewe, ataupun awek. Semuanyasuperficial sahaja.


Sekadar label semata-mata.


Jangan kita terlalu taksub dengan label. Teliti hakikat di sebalik label itu. Jika saya letakkan label "al-Hasan" atas botol arak, apakah ia mengubah hakikat bahawa ia arak? Tidak. Jika saya letakkan label "Konsert Amal Untuk Anak-Anak Yatim" tetapi dalam konsert tersebut bercampur-campur antara lelaki dan perempuan, bergesel-gesel badan, melompat-lompat, dan sebagainya, apakah ia "Islamik" hanya kerana label yang diberikan kepada konsert tersebut Islamik? Tidak.


Maka jangan terpedaya dengan luaran yang nampak dan bunyi "Islamik". Telitilah dalamannya. Telitilah hakikatnya.


Dalam isu kapel "Islamik", hakikatnya ialah perbuatan kita sudahpun membuktikan bahawa kita sedang berkapel. Perbuatan kita sudah "declare" dengan begitu jelas tanpa perlukan sebarang kata-kata.


Actions speak louder than words.


Oleh itu, di samping kita meneliti percakapan kita, teliti juga perbuatan kita. Kita mungkin cakap lain, tapi perbuatan kita "cakap" lain.


Hati-hati juga kerana kita mungkin hanyut dan larut dalam perasaan sayang sampaikan kita tidak nampak ataupun kita deny akan kewujudan apa-apa yang tidak baik dalam hubungan tersebut.


"Tapi kami tak buat benda-benda salah pun macam pegang-pegang tangan or berdua-duaan. So, kira ok la kan?"

Selalunya hubungan ini akan dihiasi dengan amalan-amalan yang baik seperti menghantar SMS tazkirah, kejut bangun Subuh, memberi hadiah tudung, mengajak study bersama, dan lain-lain. Disebabkan kita melihat hubungan ini dihiasi dengan amalan-amalan Islamik maka kita merasakan hubungan ini justified dan "Islamik".


Tapi apakah amalan-amalan yang saya sebutkan itu salah? Tidak sama sekali. Semua amalan itu tidak salah pada asalnya. Tetapi, jika amalan-amalan seperti itu dipergunakan untuk mencapai matlamat yang lain maka di situ kita mungkin akan jumpa masalahnya.


Cuba kita tanya diri sendiri beberapa soalan berikut yang mungkin boleh digunakan sebagai kayu ukur:

  1. Ada alternatif lain tak? Mungkin instead of aku, rakannya yang sama jantina boleh ambil tempat aku.
  2. Apakah perbuatan aku ini sekadar alasan untuk aku spend time ataupun keep in touch dengan dia?
Selain itu, selalunya dalam hati kita ada satu perasaan yang mengatakan bahawa "macam tak kena je apa yang aku buat ni" tetapi minda kita menyampuk dan berkata "tak pe, tak salah pun".

Tumpukan perhatian kepada bisikan hati kita kerana hati yang bersih dapat memberi amaran kepada kita apabila kita hampir-hampir melakukan perbuatan yang salah. Dalam masa yang sama, berhati-hatilah juga dengan permainan minda kita kerana ia bijak dalam mencari alasan untuk "menghalalkan" yang salah.


"Si dia motivate saya berubah menjadi lebih baik."


Dalam hubungan kapel "Islamik" ini, selalu juga kita dan si dia mendapat motivasi untuk berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, berubah untuk menjadi lebih baik itu sudah semestinya bagus.


Tapi apakah kita berubah itu untuk Allah atau untuk si dia? Bagaimana kalau si dia itu tiada, apakah kita akan berubah juga?


Jika kita dalam proses perubahan, jangan kita berhenti kerana niat kita terpesong. Teruskan dengan perubahan itu! Cuma, perbetulkan niat kita sahaja kerana jika kita berubah kerana Allah maka it doesn't matter kalau si dia itu ada atau tidak, kita akan terus juga berubah.


Cuma satu sahaja yang saya ingin peringatkan: berhati-hatilah. Hati-hati kerana mungkin ini salah satu alasan lagi yang boleh kita gunakan untuk justify hubungan kita dengan si dia.


Saya tidak menafikan bahawa motivasi untuk berubah menjadi lebih baik ini adalah salah satu kebaikan dalam kapel "Islamik". Tapi ingat, wine pun ada kebaikannya juga. 


"Mereka bertanya kepadamu [Wahai Muhammad] mengenai arak dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Surah al-Baqarah, Ayat 219)

"Saya dah pasang niat nak berkahwin dengan dia."

Alhamdulillah, bagus! Inilah yang sepatutnya menjadi aim kita apabila kita hendak menjalinkan apa-apa hubungan intim dengan si dia.


Tetapi, ingin saya ingatkan bahawa niat tersebut harus diiringi dengan azam dan usaha untuk bersedia. Jangan kita anggap perkahwinan ini sebagai jalan keluar zina. Sebaliknya, kita harus lihat perkahwinan ini sebagai jalan menuju syurga. Nampak seperti sama tapi mentaliti di sebaliknya amatlah berbeza.


Jika perkahwinan itu dilihat sebagai jalan menuju syurga, maka kita akan plan dan bersediasebelum kita mendekati si dia atau walinya (jika si dia itu perempuan). Jangan apabila sudah hangat bercinta baru nak berfikir berkenaan kahwin kerana takutkan zina. Padahal zina itu harus dielakkan daripada awal lagi.


Selain itu, jangan pula sebulan sebelum nak berkahwin baru kita terburu-buru untuk bersedia.


Sepertimana exam, kita tidak dinasihatkan untuk tangguhkan semua persediaan di saat-saat yang terakhir. Kita akan mula bersedia dari awal lagi. Kita akan ambil semua langkah yang patut diambil untuk bersedia menghadapinya. Jika dengan perkara kecil seperti examitu kita bukan main lagi tekun bersedia untuk menghadapinya, jadi mengapakah dengan perkara besar seperti perkahwinan kita tidak begitu tekun pula untuk bersedia? Exam akan berlalu selepas beberapa hari, tapi perkahwinan akan berterusan 24/7 sehinggalah kita mati (Insha Allah). Maka ia merupakan satu komitmen jangka masa panjang.


Apakah komitmen besar seperti itu tidak perlukan apa-apa persediaan?


Saya bukannya ingin menghalang sesiapa daripada berkahwin. Saya menggalakkan orang-orang muda berkahwin sepertimana Rasulallah menggalakkannya. Oleh itu, saya bukan ingin demotivate sesiapa. Malah, saya ingin motivate semua untuk berkahwin. Tapi, dalam pada masa yang sama, saya juga ingin menekankan betapa pentingnya untuk kita semua bersedia - fizikal, mental, emosi, dan spiritual - untuk menghadapi alam perkahwinan.


Perkahwinan itu amatlah indah. Tapi ingat, ia juga merupakan tanggungjawab yang besar.


Kesimpulannya, perkataan "kapel" dan "Islamik" itu aneh jika digabungkan. Bak kata Boonaa Mohammed, "There is no right way to do something haraam."



Anda mungkin fikir,


"Ala mamat ni, bajet macam dia tahu je. Jeles la tu sebab takde girlfriend."

Pemerhatian saya ini adalah berdasarkan emel-emel dan cerita-cerita yang sampai kepada saya. Bukan itu sahaja, pemerhatian saya juga berdasarkan pengalaman peribadi.


Ya, saya ini bekas mangsa kapel "Islamik".


Ketahuilah, pattern yang saya perhatikan dalam semua kes hampir sama dengan pengalaman yang saya lalui sendiri. Seolah-olah syaitan ada guidebook yang dia rujuk untuk menghasut manusia-manusia. Maka saya faham apa yang golongan kapel "Islamik" ini lalui. Saya sangatlah faham.


Liciknya syaitan. Dia mampu menggunakan perkara-perkara baik untuk perlahan-lahan mencapai matlamat yang jahat.


Tapi semasa hubungan saya itu dijalin, jauh di dalam hati somehow saya tahu. Saya tahu bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kami. Saya tahu bahawa apa yang saya inginkan hanyalah untuk meluangkan masa bersama si dia sama ada face to faceataupun melalui telefon. Semua perbuatan baik yang saya lakukan hanyalah alasan-alasan untuk mencapai keinginan saya itu. Alasan-alasan itu saya pegang sebagai hujah untuk menjustifikasikan hubungan saya.


Apabila saya berfikir sejenak dan jujur dengan diri saya sendiri, barulah saya sedar. Selepas itu, saya rasa bertanggungjawab untuk bertindak. Saya bertindak untuk mengakhiri hubungan itu. Memutuskan hubungan itu amat perit tapi saya tahu ianya perlu dilakukan, untuk kebaikan saya dan si dia.


Sometimes we have to sacrifice our own pleasures for the pleasure of the One we love most - Allah.


Bila saya fikir balik, saya rasa keputusan saya itu betul dan ada hikmahnya. Mungkin ada yang akan tertanya-tanya, "Kenapa break up? Kenapa tak kahwin terus sahaja?"


Maka saya berfikir, macam mana kalau saya berkahwin dengan dia? Hasrat itu sudah pun ada. Setelah berfikir, saya rasa kalau saya kahwin dengan dia, kemungkinan besar perkahwinan itu akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ini adalah kerana kalau saya berkahwin dalam keadaan saya yang masih mentah sebegitu rupa, maka saya pasti bahawa saya tidak akan dapat handle perkahwinan itu dengan baik. Itu analisa saya tentang diri saya sendiri.


Alternatif lain ialah bertunang. Saya fikir, itu juga bukan satu alternatif yang baik kerana jika saya memilih untuk bertunang maka kami akan bertunang untuk satu jangka masa yang amat lama.


Pertunangan tidak disarankan untuk ditarik lama-lama. Tidak patut kita mengikat seseorang itu dalam ikatan pertunangan lama-lama. Ada orang tanya saya sama ada dibolehkan atau tidak untuk bertunang sehinggalah dia mampu untuk berkahwin. Saya tidak katakan kepadanya bahawa itu haram atau halal. Apa yang saya katakan kepadanya ialah seorang manusia itu bukannya objek yang kita boleh pre-order ataupun "chup" awal-awal. Jika ingin bertunang, bertunanglah dalam keadaan bersedia dan mempunyai planuntuk kahwin dalam jangka masa yang singkat. Perkahwinan itu harus dipercepatkan (tanpa terburu-buru).


Oleh itu, saya rasa break up itu adalah yang terbaik kerana relationship saya itu membawa saya jauh daripada Allah. Dan melayan perasaan itu lama-lama tanpa melihat kemungkinan perkahwinan berlaku dalam masa terdekat itu bagi saya, satu penyeksaan. Kalau kita sudah set plan untuk berkahwin dalam jangka masa yang singkat dan kita sudah bersedia untuk menghadapinya, itu cerita lain pula.  


Do not start something that you can't finish.


Saya tidak boleh finish relationship saya itu, maka saya putuskan. Pada pengamatan saya, pada masa itu saya termasuk dalam golongan mereka yang tidak mampu untuk berkahwin.



"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.” (Surah An-Nur, Ayat 33)



Break up itu perit. Saya sakit. Dia pun sakit. Tapi Alhamdulillah, kami sekarang baik-baik sahaja. Tiada yang jadi sewel seperti yang dilakonkan dalam sesetengah drama TV kita. Lagipun itu kisah lampau, saya ingin mengaut lessons daripadanya dan move on. Rasa tidak enak mengungkit kisah lama. Tujuan saya berkongsi kisah lampau saya ini bukanlah untuk berbangga. Trust me, tiada apa yang nak dibanggakan. Tujuan saya berkongsi ialah supaya kesilapan lampau saya tidak menjadi kesilapan anda sekarang.


Kalau dambakan hubungan intim dengan si dia, maka satu-satunya jalan untuk mendapatkannya ialah melalui perkahwinan.


Selain itu, tujuan saya menulis post ini ialah untuk point out apa yang saya perhatikan dan mengajak para pembaca untuk berfikir. Tujuan saya bukanlah untuk menjatuhkan hukum halal/haram kepada mana-mana hubungan. Mungkin ada hubungan yang halal, mungkin ada hubungan yang haram.

Monday, February 4, 2013

hati seorang perempuan :)


Mengapa sukar menyelami hati wanita?
Adakah kita yang membuatkan kaum adam tidak memahami kita, atau memang asal kejadian dan pembinaan diri kita yang sedemikian rupa membuatkan spesifikasi hati kita juga sukar ditelah ?
Mengapa pula neraka Allah yang maha dahsyat dan tidak tertanggung itu pula menjadi tempat kembalinya ramai kaum kita?
Kisah Hati Seorang Wanita
Adakah kita ini ini makhluk Allah yang lemah dan selalu jadi mangsa atau kita inilah pemangsa?
seandainya kita selalu ditindas dan teraniaya, maka mengapa kita pula yang memenuhi 2/3 neraka itu?
bukankah janji allah, doa orang yang teraniaya itu makbul?
lalu, kalau benar kita ini selalu dizalimi oleh kaum adam, para suami, maka mengapa mereka yang berkelakuan begitu tidak menjadi statistik ahli neraka?
Adakah ada sesuatu dalam diri kita, dalam pegangan kita, dalam penerimaan kita, dalam penafsiran kita akan hakikat ujian dan dugaan hidup dari Allah yang salah, yang jauh tersasar dari kenyataan sebenar?
Adakah kita merasakan yang diri kita dizalimi suami, suami panas baran, suami tidak adil, suami tidak bertanggung jawab, suami tidak pengasih, suami lokek, suami itu dan ini, tetapi rupanya diri kita yang terjebak dalam tipu daya iblis dan syaitan laknatullah, sehingga tersilap mentafsir?
Sehingga sebenarnya hati kita, keyakinan kita yang diri kita dizalimi itu, kegagalan kita untuk nampak Allah di sebalik semua kejadian dalam kehidupan kita, maka sebenarnya itulah sebenarnya punca malapetaka dalam kehidupan kita?
Dalam erti kata lain, sebenarnya kita sendiri yang menarik bala dalam hidup kita, bukan dari orang lain tetapi datang dari lubuk hati kita sendiri secara tanpa sedar…
dan atas keyakinan kita itulah, rupanya penyebab utama kepercayaan kita pada Allah tidak teguh. kita tidak mampu redho, hening, sabar dan ikhlas ..kita gagal menghadirkan sifat-sifat itu dalam hati kita .. kita tidak mampu lihat Allah dalam semua perkara ..
Tiada Allah dalam hati kita, yang ada hanya perasaan betapa tidak adilnya kita diperlakukan, kita dicurangi, kita ditipu, kita diduakan, kita tidak diberi perhatian dan bagai…
lalu, semua perasaan itu menjadi kesumat dan punca kezulmatan yang menyelubungi diri, lalu kita terus hanyut dalam kegelapan dan terusan menyangka kita adalah mangsa walhal hakikat sebenarnya kitalah pemangsa..
kasihan,.. rupanya kitalah yang meletakkan diri kita dalam neraka Allah kerana kegagalamn hati kita untuk ikhlas, hening, redho dan sabar dalam hidup,..
"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^