Saturday, February 1, 2014

scoliosis


Dulu masa sekolah, aku minat sangat ngan bidang perubatan ni.. Siap masuk Kelab Kesihatan Sekolah lagi.. Kenal ngan doktor-doktor, MA-MA.. Sampai sekarang ada antara diorang masih ingat kat aku... Walau macam mana pun, aku takleh join bidang ni atas sebab masalah kesihatan aku..

Berbalik pada tajuk, berapa orang antara kita pernah dengar perkataan Scoliosis? First time aku tau pasal scoliosis ni masa nak masuk matrikulasi. Scoliosis ni adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang belakang seseorang individu tu menjadi bengkok, sama ada dalam bentuk 'S' atau 'C'. Sila layan gambar di bawah.


Apa faktor-faktor yang menyebabkan scoliosis ni? Sehingga kini punca penyakit ni masih tak diketahui dengan tepat. Dipercayai, faktor genetik atau keturunan turut menjadi punca. Menurut doktor, penyakit ni lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki.

Macam mana nak cam kewujudan penyakit ini? Ada banyak cara tapi paling simple bila kita tengok ketinggian bahu kanan dan kiri tak sama. Selain tu, kalau individu tu berdiri dalam keadaan rukuk (kedudukan waktu solat) atau sujud, kita akan nampak belakang dia agak timbul sebelah. Penyakit ni akan mula menunjukkan rupa ketika berumur 11 hingga 15 tahun..

Rawatan dia apa ek? Scoliosis takde penawar. Cuma doktor dapat mengawal keadaan dari menjadi lebih teruk. Teknik yang digunakan sama ada pakai 'brace' atau pembedahan. Selain itu, berenang juga dapat membantu menguatkan otot tulang belakang untuk elak ia menjadi lebih teruk.

Bahaya tak Scoliosis ni? Pesakit biasanya tak sakit pada peringkat awal. Tapi, bila keadaan makin teruk, organ dalaman mungkin terhimpit dan memberi kesan pada paru-paru. Bagi perempuan, ia akan memberi masalah ketika hamil.

Ok, cukup lah tu. Nak banyak leh tanya pakcik Google yer.. 

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^