Thursday, February 6, 2014

.boleh tak saya u-turn???


assalamualaikum kepada semua..


aku selalu terfikir..
kalau aku nak pegi somewhere yang jarang aku pegi..
boleh tak aku sampai TANPA SESAT..
lagi2 kalo aku yang lead jalan..lagi aku cuak...
kalau dah sesat macam mane?? 
atau kat depan dah jalan MATI..
atau aku xkan sedar pun yang sebenarnya aku nie dah salah jalan..
dan aku terus je jalan dekat highway yang salah..
elok2 nak pegi selatan aku terpegi pulak ke utara..

tapi bila aku dah sedar yang aku di laluan yang salah..
ape yang aku nak buat??masih nak pegi selatan atau tukar plan pegi utara??
ok la xyah pikir banyak kita pegi je utara..
lagipun dah nak sampai dah nie pun..
tapi hati aku sentiasa terdetik bahawa tempat aku sebenarnya di selatan..
kalau aku nak pegi ke destinasi asal aku..ape aku nak buat??
dan kalau kat depan dah jalan mati, ape yang aku nak buat??
lagi takut kalau aku sorang je dalam keta..ape yang aku nak buat???


suzi..jangan sedih..ALLAH kan ada..kau tak sorang2..
kalau dah salah jalan..u-turn je la..
kalau kat depan dah jalan mati ko reverse je la..
mungkin perjalanan ke sana akan sangat panjang atau aku akan sesat lagi...

tapi yang penting aku kena percaya dan yakin yang ALLAH sentiasa ada..
dan make sure aku kena tgk signboard betul2..baru la ada panduan..
insyaAllah aku akan sampai ke destinasi yang sebenar..


sama la jugak dengan kehidupan sebagai hamba ALLAH..
kalau kita dah tersesat dan termelencong dari landasanNya..
jangan bersedih dan merasakan segala sudah berakhir..
jangan takut untuk cari tempat u-turn dan kembalikan hati kita kepadaNya
jangan gusar untuk reverse dan meninggalkan segala yang melampaui batas..
mungkin laluan ke destinasi yang sebenar akan lebih panjang dah banyak kayu2 balak kat atas jalan...
tapi itu adalah ujian dariNya..bukan kerana Allah tak sayangkan kita..
tapi Allah nak meninggikan darjat kita di sisiNya..

tapi aku sedar aku hamba yang selalu lalai dan banyak kekurangan..
dan aku takut apa yang aku rase ketika ini hanyalah SEMENTARA..
dan akhirnya aku kembali ke tempat yang sama..
aku insan biasa. iman aku yazid wa yanqus..
sekejap naik, sekejap turun..
tapi aku tak boleh putus asa..
aku tak boleh putus asa dalam bertaubat kepada Allah..
walaupun ada kemungkinan yang besar aku akan melakukan dosa yang sama..


dalam sebuah hadis yang panjang..Rasulullah (s.a.w) ada bercerita perihal 
betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah..
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat..
tidak lama..dia melakukan dosa lagi dan kembali bertaubat...
BERULANG KALI...
lalu sampai bila Allah mahu mengampunkan??
Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun..
ya, Allah tidak pernah jemu untuk memberi keampunan..
cuma kita yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun...

Allah sayang kat aku..tapi kenapa aku selalu x sayang diri aku sendiri??


P/s: sorry meninggalkan kamu gtu je,tnpa assalamualaikum. aku harap kau baca nnti. tq dah bahagiakan :) jom sama2 reverse or u turn :) harap kita sama2 dapat gapai redha Allah. in shaa Allah. 

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^