Tuesday, November 20, 2012

wahai syg yg bkan syangku :~)


kucing comel
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, namun mengapa kamu datang di saat yang tidak tepat? Tidak tepat bagiku, atau bahkan mungkin juga tidak tepat bagimu.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, mengapa kamu datang tiba-tiba dalam hidupku tanpa sempat aku berlari untuk menghindari dan menjauhimu?
Tanpa sempat aku mendirikan tembok yang kukuh sehingga kamu tak akan boleh memasuki hidupku?
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
Semoga Engkau pertemukanku dengan si dia yang lebih sesuai dengan diriku. :)

cinta cara islam .ayoh rakan2 !


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.
Doa-semoga-dipanjangkan-jodoh
Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Wednesday, November 14, 2012

kata kata semangat orang putus cinta


kata kata semangat orang putus cinta


salam semua.

hai hai semua.sihat ke semua?harap semua nya sihat eh.
yang berpuasa sempena bulan rejab ni.selamat berpuasa.beramal
kerana Allah eh.so xperlu bgtau semua org kita tgah berpuasa.kang
pahala xdapat.dapat dosa riak plak.ehem.
*agak panjang tazkirah jumaat hari ni -___-*

entri hari ni.ak nak citer psal love story la.ehem.kalo
bahasa melayu nya.kisah cintan cintun.ak xda la hebat sgt
dlm cinta cinta ni.even ak beberapa kali di gelar doktor cinta
oleh kawan kawan sejagat.tapi jujur nya.bila msalah dtg pada ak.
ak pun kena menangis kat bahu org laen jugak.huu.

situasi nya
kawan aku : hello epa.(suara baru lepas nangis)
aku : ha ye.nape ni?
kawan aku : ak baru clash.dia tinggalkan ak.sumpah ak benci lelaki.
aku : hmm.jangan macam tu.rilex dlu.cuba cerita kat ak apa jadi.kawan aku : *long story yg ak xmampu nk citer kt cni*
aku : okay.xpa la.ko tenang tenang dlu eh.ko tahu kan.jodoh kat tangan tuhan.anggap je ko xda jodoh ngan dia.xyah pikir bnda bnda laen.
kawan aku : okay.thanks eh epa.ko ley bg kata kata semangat untuk ak tak?at least bley ak baca kalo ak tgah sedih teringat kat dia.
aku : err...
so entri hari ni ak nak bg beberapa kata kata semangat yang
mungkin boleh bantu korang tenang kan fikiran korang
bila da putus cinta.tak pun.korang bley tlong bg kat kawan
kawan yang baru putus cinta.

ak paling suka quote ni.serius.

yg ni pun cam best.sbb EX tu sgt memainkan peranan.huu.


 yang lepas biar lepas.


 setiap yang berlaku ada hikmah nya.


sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

kesabaran adalah jalan terbaik.


sentiasa berfikiran positif okay ?

kita xtahu apa yg terbaik tuk kita.

hee.i like this very much! :)

ak bagi korang 9 quotes yg sgt sesuai sebagai kata kata semangat
utk org bru putus cinta.sebenarnya bnyk lagi.kalo korang nak lagi bnyk
bley usha dekat do all things with love.kepada korang yang berada dlm
situasi yg sama sekarang.don't give up.jgn pikir penyebab smua
 ni ialah korang.anggap la korang xda jodoh eh.



"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^