Saturday, March 19, 2011

JIHADD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

There are 3 main purpose why human are created by Allah;

1. To worship Allah alone
2. To be the vicegerent of Allah
3. To fulfill the trust (Amanah)

Antara Sabar Dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab,...


 
Ya Allah..
lapangkanlah dadaku untuk menerima ilmu mu...
mudahkanlah pekerjaanku.
lancarkanlah lidahku,
agar mereka faham akan pembicaraanku.... ...
Ya Allah..
makbulkanlah doakU ini Ya Allah.
aku ingin melunaskan janji ayahku Ya Allah..a
untUk melanjutkan pelajaran ke Mesir ...
Ya Allah..
aku mohon kpd Mu ya Allah.
sesungguhnya kamu Maha Pemberi Rezeki...
ameennnn.....

MALAS  , LALAI, ALPA, DERHAKA, MENYAKITI, MENGHAMPIRI ZINA, RIAK, KEDEKUT,KALUT.. 



"JANGAN PERNAH MENGELUH & SENTIASA SABAR DALAM MENUNTUT ILMUU....
HAIYYA JIHAD KERANA ALLAH"

DOAKAN AKU 9A+ DALAM SPM
sesengguhnya SPM ini adalah TIKET kepada ku untuk berjaya...
sbGai satu langkah awal untukku ya Allah...
berikanalah aku, RAKAN2KU..Ya Allah, kecemerlangan di Dunnia & Akhirat
.AMIN YA RABBALALMIN.....

SUZI  9A+ DALAM SPM




GamBBOOO CkeTT..............

KAli nihh...aku xtaw nak tolis Per.... gmbR2 kisah silam..jom ImbaS kembali,,,,,,,,,,,
hoho....FaSkah2..

memErOble TrIp...CH...

ClAzmmett 2007-2009


jamUaN BatCh....fOm 3 (sya,mimi,mc chah n emoN)

FRenD 4 EvER...

B4 pErpisahan ngAn geng PKP...;(

kat taman tamadUn


Friday, March 18, 2011

RENUNGAN BERSAMA

Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tapi hatinya tersirat taqwa keimanan... :):)
watch your thoughts ; they become words ,,
watch you words ; they become actions ,,
watch your actions ; they become habits ,,
watch your habits ; they become character ,,
watch your character ; it becomes your destiny ..

Jika kehidupanmu diselubungi perasaan takut dikecewakan,
maka dirimu tidak akan belajar untuk mencintai di dalam kehidupanmu...


kasih ibu smpai ke syurga...
kasih ayah mengorban nyawa..
kasih kita apa tandanya??
tepuk dada tanya selera...


Dari Abu Hurairah r.a.,katanya Rasulullah SAW bersabda:

...
"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim enam perkara." Lalu beliau ditanya orang, "Apa yang enam perkara itu,ya Rasulullah?" Jawab beliau, 1)Bila engkau bertemu dengannya ucapkanlah salam kepadanya. 2)Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. 3)Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. 4)Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. 5)Bila dia sakit, kunjungilah dia. 6)Dan bila dia meninggal, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur."

 

Wanita diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. ini bermaksud, dari segi fitrah kejadian seorang wanita itu sendiri termasuklah sikap yang lemah lembut, penyayang, dsb nya yang terdapat dalam diri wanita. fitrah kejadian ini tidak dap...at sekali kali diluruskan atau diubah walau dgn bagaimana cara sekalipun kerana itu adalah ciptaan Allah SWT. sesungguhnya Dia Maha Pencipta. jadi walau pun ia bengkok, ia masih dapat didekati, disenang senang oleh lelaki(suami). menunjukkan yang wanita akan sentiasa memerlukan perhatian dari lelaki(suami) walau apa pun terjadi hingga akhir hayat wanita. itu fitrah wanita yang diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. akan tetapi, apabila seseorang lelaki(suami) berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. mematahkannya ialah menceraikannya.

Thursday, March 17, 2011

CERPEN SUKMA SEORANG IBU


Sukma seorang ibu sebuah cerpen yang agak menarik. Ia mengesahkan bicara hati seorang ibu tunggal mengenai anak perempuannya (anak tunggal) yang berjaya mendapat pendidikan tinggi di luar negara dan berkahwin dengan seorang jutawan.

Namun hati ibu rasa tersayat dengan kelakuan anaknya yang kurang sopan dengan pakaian serta kelakuan yang bukan lagi menggambarkan wanita Melayu yang bersopan santun. Namun kasih seorang ibu tetap berkekalan hingga ke akhir hayat. Kisah diakhiri bilamana ketika ibu sakit tenat di hospital Huda datang dengan pakaian menutup aurat serta berjaya membuat hati ibu tenang sebelum menghembus nafasnya yang terakhir.

Cerita ini menjadi lebih menarik kalau diceritakan sepintas lalu bagaimana Huda boleh insaf dan kembali ke pangkal jalan. Benar hidayah itu daripad Allah swt namun mesti ada sebab musababnya.

Di segi bahasa cerpen ini menarik kerana pengarang bijak menggunakan bahasa yang lancar namun pengarang yang mendapat pendidikan di negara Arab suka memasukkan beberapa perkataan Arab yang belum ada dalam kamus bahasa melayu antaranya perkataan bustan yang berarti taman atau kebun.

Terdapat juda sedikit kesilapan mengenai anak soleh dan anak solehah. Kerana Huda perempuan maka Sepatutnya anak yang solehah bukan anak yang soleh.

CADANGAN:

Saya ada bebarapa cadangan dan pengarang boleh menulisnya semula dalam versi kedua. Itupun kalau pengarang bersetuju dengan cadangan saya ini atau boleh sahaja dikekalkan dalam bentuk asalnya.

Pada Permulaan cerpen ini pengarang menulis seperti berikut:

…Ketika ovum lagi, kau telah meredah ovari yang tertutup rapat, memecah ovum sebelum menarik perhatian spermatozoa….

Pada pendapat saya lebih tepat kalau ayat itu ditulis begini:

…ketika masih sperma, kau telah meredah lautan cecair menuju ke ovari yang tertutup rapat, memecah kulit ovum sebelum berlakunya penyatuan antara spermatozoa….

Di hujung perenggan ini pengarang menulis "itulah kejayaan pertama…."

Sebaiknya disambung lagi seperti berikut:

Kejayaanmu yang kedua apabila mendapat pendidikan di luar negara…dan seterusnya….

Mengenai persoalan apakah yg menyebabkan Huda berubah sikap dari memakai pakaian menjolok mata ke berbaju kurung dan penuh sopan?. Juga persoalan kenapa Huda menghantar anaknya Tiara ke kampung untuk di jaga oleh ibunya sedangkan dia kaya raya punya rumah banglo dan kolam renang?. Biasanya orang seperti itu ada pengasuh atau pembantu rumah. Tidak mungkin Huda sanggup membiarkan anaknya tinggal di rumah usang. Dan kenapa Huda beriya sangat hendak menjual tanah sawah 3 relung sedangkan suaminya seorang jutawan dan dia punya pekerjaan yang baik?.

Saya cadangkan persoalan pertama itu boleh terjawab sekiranya pengarang melalui sukma ibu teringat semasa dia menunaikan fardu haji ke tanah suci Mekah lalu dia berdoa di depan kaabah supaya Allah memberi taufik hidayah kepada Huda.

Tujuan Huda hendak menjual tanah sawah 3 relung itu supaya ibunya sudi tinggal bersama dengannya di banglo mewah untuk menjaga Tiara. Bukan lagi tinggal di rumah usang. Atau lebih baik kalau Tiara bercadang hendak memajukan tanah sawah 3 relung itu untuk dijadikan projek perumahan tetapi ibunya tidak setuju kerana tanah sawah itu banyak meninggalkan kenangan manis ketika bersama suaminya dahulu.

Dan kalau sdr mahu cerpen ini dinilai untuk hadiah sayembara cerpen sempena pilihan raya sdr buat sedikit lagi tambahan. Contohnya, ibu Huda didatangi JKKK kampung untuk mencalunkan Huda sebagai calun pilihan raya. Tambahan pula Huda berpelajaran tinggi dan suaminya seorang jutawan menyebabkan penduduk kampung mencadangkan namanya dicalunkan sebagai wakil rakyat mereka. Itu juga boleh menjadi sebab kenapa Huda terpaksa mengubah sikapnya untuk menarik perhatian pengundi.

Di akhir cerpen ini lebih baik jika suami Huda juga turut berada di sisi ibu mertuanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Pengarang ada menulis kata-kata berikut:

Lebih baik kaukotor kerana selut di sawah bendang dari kotor kerana noda dan nista terlarang. Lebih baik jika kau seorang gadis tidak berpelajaran tetapi sentiasa menjaga susila sebagai orang Melayu.

Saya rasa ayat tersebut adalah kata-kata kunci kepada cerpen ini kerana bersesuaian dengan tajuknya Sukma Seorang Ibu. Pada pendapat saya lebih baik ayat ini di ulang sekali lagi oleh ibunya di depan Huda sebelum dia menghembuskan nafas terakhir…

SOROTAN CERPEN WANITA YANG BERMUKENAH


Cerpen ini menarik kerana pengarang berjaya menggarap nya dengan baik dan teliti. Saya katakan baik kerana berjaya melukiskan pemikiran watak-wataknya dengan berkesan. Pengarang juga teliti dalam menimbulkan sebab akibat dan berjaya menyelesaikan cerita dengan menarik.


Pengarang melalui Cerpen ini melontarkan ideanya melalui 4 bahagian dari sudut pandangan yang berbeza. Pertama, pembaca dapat menyelami pemikiran dan sudut pandangan watak seorang isteri bernama Solehah yang berasa kecewa kerana suaminya ingin berpoligami. Dan wanita yang ingin dikahwini suaminya ialah sahabat baiknya sendiri. Wanita itu juga bekas kekasih Loqman, suami Solehah dan mereka pernah bertunang.


Memang pernah berlaku sahabat baik menjadi wanita bermukenah. Namun dalam kisah ini, Luqman ingin mengahwini Rabiah kerana simpati dan ingin membimbing wanita itu ke jalan yang benar. Satu alasan yang biasa bagi suami yang ingin berpoligami. Kebetulan pula Rabiah telah insaf dan ingin bertaubat kerana dia pernah melakukan satu pekerjaan yang paling tertua di dunia.


Bahagian kedua cerpen ini dari sudut pandangan Rabiah. Dia insaf di atas keterlanjurannya dan ingin kembali ke pangkal jalan. Sekaligus dia ingin merebut semula kasih dari Luqman yang pernah dimilikinya suatu ketika dahulu. Namun kerana ingin hidup mewah dia sanggup meninggalkan tunangnya.


Bahagian ketiga cerpen ini dari sudut pandangan Loqman. Pembaca dapat menyelami fikiran Lokman kenapa apa dia ingin mengahwini Rabiah walaupun dia tahu wanita itu bekas seorang pelacur.


Dan di bahagian ke empat cerpen ini iaitu bahagian terakhir pertemuan Loqman dengan Rabiah. Loqman akhirnya membatalkan hasrat hatinya ingin berkahwin dengan Rabiah. Dan Rabiah bersetuju demi kebahgiaan sahabatnya.


Namun pengarang kurang berjaya meyakinkan pembaca kenapa Loqman tiba-tiba bertukar fikiran sedangkan dari mula dia benar-benar ingin mengahwini Rabiah. Malah dia sudah berjaya mendapat persetujuan dari Solehah, isterinya.


Begitu juga pembaca tertanya-tanya kenapa Rabiah tiba-tiba bertukar fikiran sedangkan pada mulanya dia bersungguh-sungguh ingin merebut cintanya semua dari Loqman. Dia hampir berjaya tetapi kenapa tiba-tiba dia berubah fikiran.


Mungkin kalau pengarang dapat menyelami lebih mendalam fikiran Loqman dan Rabiah di saat akhir maka tentulah cerpen ini amat menarik. Pada saya tindakan Solehah meninggalkan rumah bukanlah satu sebab yang kukuh untuk Loqman berubah fikiran. Begitu juga dengan Rabiah.


Walau bagaimanapun pengarang berjaya menimbulkkan konflik antara tiga watak utama iaitu Solehah, seorang isteri yang baik, Loqman seortang suami yang baik dan Rabiah seorang wanita yang baik juga kerana ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Konflik timbul apabila Loqman dan Rabiah ingin berkahwin. Konflik dalam diri Solehah yang teruk.


Tindakan Solehah merestui suaminya ingin mengahwini bekas seorang pelacur adalah satu kesilapan. Tindakan loqman ingin mengahwini bekas seorang pelacur juga adalah satu kesilapan. Namun tindakan Rabiah bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan adalah satu tindakan yang betul.


Pengarang berjaya menyelesaikan konflik ini dengan cara yang bijak. Kalau pengarang tamatkan cerpen ini dengan perkahwinan antara Loqman dengan Rabiah maka cerita tidak selesai kerana masalah baru bermula.


Rabiah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan disebabkan sahabat baiknya Marina, yang sama-sama menjadi pelacur mati akibat pengidap penyakit HIV/AID sejenis penyakit yang lumrah menjangkiti pelacur.


Dalam cerpen ini, Rabiah insaf dan ingin bertaubat kerana menyedari dirinmya juga terdedah dengan jangkitan HIV/AID. Kerana itu tindakannya ingin bertaubat satu cara yang baik tapi hasratnya ingin berkahwin dengan Loqman satu tindakan tidakj baik kerana pasti mengudang masalah.


Apa akan jadi kepada Lokman dan Solehah kalau Rabiah memang seorang pengidap HIV/AID??.


Tetapi pengarang mengakhiri Cerpen ini dengan kegembiraan apabila Loqman kembali hidup bahagia dengan Solehah. Dan Rabiah membawa dirinya.

 

CERPEN MERENUNG SEJENAK


.

MERENUNG SEJENAK membawa persoalan agama dan sosial. Fitrah manusia sejak dilahirkan memang ada kecenderungan beragama. Kerana itu tidak hairan jika seseorang yang kehidupannya asyik mengejar harta tetapi akhirnya bila sudah tua akan insaf dengan kelalaiannya dan kembali kepada tuntutan beragama.

Begitulah dengan Datuk Hisyam watak utama dalam cerpen ini, seorang ahli korporat yang berjaya tetapi leka mengejar harta dunia sehingga berasakan dirinya kurang dengan amal ibadat. Dia juga sedar kurang memberi didikan agama kepada anak-anak. Tetapi akhirnya dia berasa insaf dan berusaha untuk beramal ibadat dengan pergi ke surau untuk solat berjemaah.

Namun ketika dalam solat dia masih teringat isterinya Datin Sofiah yang kuat berleter, teringat Liza setiausahanya yang genit dan sentiasa menurut perintah. Teringat masalah perniagaannya dan terbayang semasa bermesyuarat dengan kakitangannya.

Bayangan peristiwa sebegitu memang selalu dialami oleh mereka yang sedang bersembahyang apatahlagi orang seperti Datuk Hisyam yang asyik mengejar harta dunia.

Latar masa cerpen ini lebih kurang 10 minit sahaja iaitu bermula selepas Datuk Hisyam mengangkat takbir dalam sembahyang lalu dia terbayang peristiwa-peristiwa tersebut sehingga dia memberi salam.

Di segi Teknik cerpen ini menarik kerana pengarang berjaya mempelbagaikan tekniknya.

Namun sebagai pembaca kita tertanya –tanya siapa Zety dan Fenda yang sedang duduk berdua-duaan di taman bunga. Apa kena mengena dua remaja itu sampai mengganggu solat Datuk Hisyam?. Mungkinkah mereka anak Datuk Hisyam?. Atau itu salah satu babak dalam drama tv yang pernah ditontonnya.

Seperkara lagi kalau dalam sembahyang seseorang itu boleh saja terbayang atau teringat sesuatu peristiwa yang pernah dilaluinya. Kata orang kekadang barang yang hilang pun boleh teringat masa kita solat. Tetapi seseorang itu jarang membayangkan sesuatu yang akan berlalu seperti yang digambarkan oleh pengarang. Contohnya;

Dia tidak puas hati lantas melebarkan khittah menghampiri pasangan kekasih yang kelihatan seperti sedang bergebang mesra itu. Gegendang telinganya semakin jelas menangkap butir bicara perbualan mereka.

"Zety, aku cinta padamu," sang teruna memasang janji. Si dara melebar senyum, merasakan detik-detk itu terlalu indah dan antara yang paling berharga dalam hidupnya.

"Fendi, aku juga mencintaimu," si dara pula mengukuh setia. Pasangan kekash itu hanyut dalam kepalsuan percintaan. Terkebil-kebil mata Dato’ Hisyam mememrhati gelagat mereka berdua.

Pada pendapat saya Datuk Hisyam tentulah tidak dapat membayangkan urutan peristiwa itu dalam sembahyangnya. Apatahlagi terdengar dialog Zety dan Fendi. Kecuali kalau peristiwa tersebut sudah berlaku. Tidak mungkin juga episod drama yang ditonton oleh Datuk Hisyam kerana ayat bermula seperti berikut;

Dato Hisyam memerhati segenap ruang taman itu. Matanya tersangkut pada dua batang tubuh yang sedang berdua-duaan di atas bangku panjang di satu sudut taman yang nyaman itu. Dia mengamat-amati pasangan kekasih (tekanya) itu dari belakang. Kemudian, dia mengetap bibirnya yang sedikit kering

Cerpen ini bermula dengan gambaran yang begitu menarik menceritakan Datuk Hisyam sedang bersembahyang.

Dato’ Hisyam mengangkat kedua belah tangan ke paras telinga lantas memeluk tubuhnya yang gempal dan berdaging pejal itu. Angin malam mencucuk-cucuk badannya dengan kuku kedinginan

Dan cerpen ini diakhir dengan ayat berikut;

Dan malam itu, buat kesekian kalinya, Dato’ Hisyam menunaikan solat taubat lapan rakaat empat salam. Datin Safiah ternanti-nanti kepulangan suaminya

Pada pendapat saya ayat “ buat kesekian kalinya” itu boleh mengelirukan pembaca. Ini kerana penutup ayat itu “ datin safiah ternanti-nanti kepulangan suaminya.”

Lebih logik kalau ayat itu “ buat pertama kalinya”. Kalau buat kesekian kalinya menggambarkan Datuk Hisyam telah berkali-kali melaklukan solat taubat lapan rakaat. Tetapi kenapa isterinya ternanti-nanti kepulangan siuaminya sedangkan perkara itu sudah kesekian kali dilakukannya.

Dan lagi lebih elok kalau Datuk Hisyam melakukan solat sunat taubat itu di rmah bukan di surau supaya memberi keinsafan kepada isterinya yang masih lalai.

 
"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^