Wednesday, August 21, 2013

Allah tak sayang kita?


Assalamualaikum..

this post is dedicated to you dear ukhti.
dan readers sekalian untuk iktibar.. 
dengan izin Allah...

"dia tggalkan aku. dia x syg kan aku, semua janji manis ditaburkan. tp rupa-rupanya dia minat perempuan lain.."
"percaya kat Allah syg, . kalau ana , ana pikir org lain ramai lagi . jodoh Allah dah tulis kita ngn sesape. Mungkin hari ni kita terpaksa berpisah dgn dia dan tidak mustahil kita akan jumpa plak dgn dia , .......
kalau dia tu jodoh enti, dia pergi jauh mana pun, dia tetap akan cari enti nnti. percaya kat Allah "
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"
Al-Baqarah: 286
Akan ada yang berkata.. "usah fikirkan, ini hal furu'.. percaya pada jodoh dan ketentuan"
tidak kurang juga.. "ukhti. ukhti under tarbiyah, tak kan hal-hal macam ni pun jadi kes?"
tidak lupa.. "orang sedih pasal ummah.. ko sedih pasal perkara macam ni?"

sesungguhnya, mulut senang bercakap, tangan pantas menaip, otak mudah melontar pendapat..

hakikatnya..

empunya badan yang menanggung..
ujian diturunkan berbeza-beza ke atas setiap hamba, 
ada yang mudah memanjat, mungkin lemah berenang.. 
ada yang mahir terbang, mungkin lambat berlari..
ini sebahagian dari ketentuan Al-Baari’
kita hormat jihad yang mereka lalui..

atau mungkin juga Al-Hakam ingin menghapus dosa kita dengan turunnya ujian..
apa yang pasti, Allah rindukan rintihan hambaNya dalam setiap ujian..

"tapi aku dah doa tiap-tiap hari.. tiap-tiap kali habis solat.. kenapa Allah tidak makbulkan?"

bayangkan ketika kita kecil.. kita ternampak pisau di dapur..
sebab pisau tu berkilat, shiny, anggun, plus kita selalu nampak mama main dengan pisau tu..
kita jadi tertarik..


lalu kita hampiri pisau tu dengan penuh harapan..
tapi bila kita almost grab the knife, mama kita sempat capai dulu dan sembunyikan..


kita? kita akan menangis, merayu, mengamuk kat mama sebab kita nak sangat pisau tu..
sebab apa? sebab kita bodoh.. ehem... sebab kita jahil (sopan sikit ayat tu ...)


adakah mama kita buat macam ni sebab tak sayang?
bahkan dia lebih tahu dari kita akan bahaya yang kita tak tahu pada waktu tu..






i know that feel sis....
i know...

itulah Allah kita.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita, bukan yang menghancurkan kita.. Alhamdulillah
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216
Allah itu tidak kedekut..
kerana Dia lah Al-Wahab...
Dia lah Ar-Razaq..
cuma pemberiannya mengikut keperluan kita..
Dia Al-Muqit..

Allahualam...

SUATU PERISTIWA DI SEKOLAH

Assalamualaikum...Khas untuk pasangan2 yg comel2 sekalian...sekadar perkongsian...^^

AL KISAH SUATU PERISTIWA DI SEKOLAH 

sepasang SWEET COUPLE sedang berjalan sambil berpegangan tangan 

● GF : awak ,, awak betul ke sayang saya ??
● BF : lautan api pun saya sanggup redah demi mencapai cinta awak ..
● GF : sayang awak ..
● MUDIR : ehem !! Lautan api pun sanggup diredah ?? lautan api Neraka sanggup x ??
● BF : alamak !! pengetua plak !!
● MUDIR : kamu berdua pergi ke pejabat saya sekarang !! :@

di pejabat pengetua ..

● MUDIR : awak betul sayang GF awak tu ??
● BF : sayang kot .. :')
● MUDIR : adakah lepas sekolah menengah awak akan bernikah dengannya ??
● BF : tak ..
● MUDIR : kenapa ?? -.-
● BF : sejahat² lelaki .. dia tetap akan memilih pasangan yang terbaik .. lelaki tidak mahu berkahwin dengan wanita yang MUDAH didapati .. :')

si BF pun beredar dan si GF masuk ..

● MUDIR : awak percaya BF awak akan berkahwin dengan awak ??
● GF : saya percaya !!

DUHAI KAUM HAWA ..
jangan mudah percaya dengan janji² palsu ..
jangan mudah percaya dengan kata² manis ..

KERANA ..
janji² palsu itu akan diketemui kebenaran yang amat menyedihkan ..
kata² manis itu akan menjadi pahit dan amat menyakitkan ..

DUHAI KAUM HAWA ..
jadilah sekuntum MAWAR BERDURI ..
yang CANTIK dipandang ..
namun SUKAR dicapai ..
disebabkan DURI yang mencucuk jari si PEMETIK ..

BERMULA SEBUAH KEBAIKAN ^__^ 

Thursday, August 15, 2013

Astagfirullah.. maafkan ana. ana terlupa kalimah itu

{muslimah itu tidak dipandang dan tidak memandang}" ♥


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ALLAH ALLAH ALLAH..
ampunilah hambaMU ini ya ROBBI...
aku telah mengotorkan hatiku ini..
sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG ya ALLAH..

*yakinlah bahawa DIA akan mengampunkan dosa-dosamu wahai diri..
DIA tidak kejam.. malah DIA MAHA PENYAYANG.. DIA lah MAHA SEGALA KEBAIKKAN..


kepada diri adam itu..
maafkan ana kerna telah mendatangkan kemarahan enta kepada ana..
sesungguhnya DIA mengetahui apa yang terjadi kepada ana..
ya adam.., ana yakin ana mengenali diri enta..
maafkan ana kerna muncul di hadapan enta..
ana terlupa kalimah itu.. maafkan ana..
kalimah itu {muslimah itu tidak dipandang dan tidak memandang}..
sungguh ana terlupa kalimah itu.. Astagfirullah...
semoga enta bahagia dengan dirinya hingga ke syurgaNYA..

"celakalah mereka yang memandang kecil dosa yang mereka lakukan ! ya ALLAH ! keluarkan daku daripada munafiq kepada siddiq ya ALLAH...! "
 Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah : Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)
"hatiku kini hanya cenderung kepadaNYA insyaALLAH sejak kau menjauhkan diri.."
"kepergianmu membawa berjuta hikmah kepada diriku.."
"ALLAHUALLAH.., keluarkan daku dari munafiq kepada siddiq ya ROBBI.."

"Ya ALLAH.., jika engkau halalkan aku merindui kekasihmu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU.. Ya ALLAH.., jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.. Ya MUHAIMIN.., jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU.. Ya ROBBANA.., jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari padaMU. Ya ROBBUL IZZATI.., jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui JIHAD dan SYAHID di jalanMU.. Ya ALLAH.., jika aku menikmati cinta kekasihmu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatn indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU, janganlah biarkn aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.. Ya ALLAH.., jika ENGKAU halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kekasihMU yang hakiki dan abadi.. kupuja ENGKAU wahai cahaya abadi bukan kerana aku takut siksa dariMU namun aku tak ingin ada cahaya lain yg membutakanku.. ENGKAU tempat seluruh rinduku berlabuh menghantarkan bait-bait syahadat pada puncak magfirahMU, kerlip lilin dalam gua kesadaranku senantiasa menyala, bersama tetes air mata dzikir yang tak henti dari bening bola mata.. patah-patah lidahku mengucapkan asmaMU meraih damai yang memancar dari 99 nama.. tak ada kematian selain kematian dengan memegang teguh panji-panjiMU ruhku masih menyebut asmamu ketika jasad tak lagi mampu menggerakkan Roka'at panjang keiklasan.. ALLAHummasolli'alasaidinaMuhammad wa'alaalihiwasohbihiwabarikwassalam wAlhamdulillahiROBBIL'alamin.."

Muslimat Talk : baitulharakah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Aku pernah punyai hasrat untuk pernikahan mewah, dengan jemputan mencecah ribuan, pakaian perkahwinan tajaan pereka terkenal, dengan details indah pada busana, dengan konsep perkahwinan dalam taman atau di hotel-hotel mewah. kaca mata aku dahulu saat aku lihat kegembiraan pengantin pada majlis mewah mereka. senyuman penuh kebahagiaan dan aku tafsirkan majlis sebegitu merupakan sebahagian dari senyuman mereka.


namun, waktu berlalu dan apabila tanpa sedar ada sesuatu yang mematangkan aku. aku tak perlukan kebahagiaan untuk spend ribuan atau jutaan wang untuk majlis yang cuma sehari, sewajarnya aku spend more untuk hari-hari selepasnya, sewaktu melayari bahtera perkahwinan.


Aku tahu, most of perempuan mahukan kenangan indah pada majlis pernikahan mereka, nak kan sweet moments pada hari bahagia mereka. dan dengan itu kami rancak mahukan itu dan ini untuk memastikan momen-momen cinta itu indah.


seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.


Baitul muslim merupakan satu wasilah dalam penyebaran dakwah, hidup saling melengkapi untuk Agama, juga sebagai wasilah untuk menambahkan kecintaan kepada Allah. And the most important is, baitul muslim bukan sekadar baitul muslim. Ada tingkat lebih tinggi yang aku ingin capai, baitul harakah, di mana sesebuah keluarga itu saling bantu-membantu dalam kerja dakwah Islamiyah. 


Yusuf al-Qardhawi pun menggariskan marhalah yang perlu dilalui untuk mengamalkan syariat Islam secara penuh hingga membentuk kepada satu pemerintahan Islam iaitu: (so for those yang belum tahu boleh take note)

1. Mengislah diri sendiri atau membentuk individu Muslim (Fardun Muslim) 
2. Membentuk rumahtangga Islam (Takwin Baitul Muslim) 
3. Membentuk masyarakat yang memahami Islam (Takwin Mujtama’ Islam) 
4. Mendirikan daulah Islamiah 
5. Akhirnya mewujudkan kembali Khilafah Islamiah



"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca al-Quran bersama-sama, namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?"

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional, negeri dan kawasan, bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru al-Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik al-Quran

Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program-program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka."


Allah, cukup indah bila kita dapat bertemu dengan muslimin yang memahami semua ini. Dapat saling melengkapi dengan apa adanya; kelebihan dan kekurangan,dapat saling berbakti untuk Islam. Dapat menyumbangkan sesuatu buat ummah. itu definisi cinta sebenarnya, saling menguatkan dalam Agama :')

Keep Calm & Wear Handsocks


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Salam to all readers :)

***

'Aku suka tengok kau pakai handsocks. Ada sesiapa ke yang suruh kau pakai?'

'Ada. Hati yang suruh. Untuk melengkapkan lagi penutupan aurat aku. Rasanya aurat yang satu ni agak terabai penjagaannya.' Sigh

'Alhamdulillah, seronok tengok.'

Senyum. 

 Perasaan tu bila kita tak mengharapkan apa-apa pandangan atau komen orang, apa yang kita ada, cuma DIA. sebak. 

***


Seronok tengok kawan-kawan berubah. Seronok tengok kawan-kawan dah start nak pakai sopan-sopan, menutup aurat dalam erti kata yg sebenar-benarnya.


Pengalaman sendiri dengan handsocks ni. Masa form 1 je rajin pakai dulu. Naik form 2-5 dah otai otai sikit dah tak rajin daahh pakai. Handsock la yang paling tak rajin nak pakai actually. sebab masa tu rasa panas, rasa kalau tak pakai okay je kot, rasa konon dah tutup aurat fully covered dah, rasa malas. aaa semua ada sebelum ni.


Tapi fikir balik, pakai tudung labuh pun tak pakai handsocks macam tak berapa nak lengkap, ada something yang tak kena. kalau bawak solat pakaian tu, agak-agak okay ke tak. (rujuk tips menutup aurat- HERE) Seiring dengan masuknya new year, saya dah tetapkan matlamat, untuk berubah menjadi muslimat yang lebih baik (azam setiap hari, bulan & tahun). Istiqamah dalam membuat kebaikan, yang mana istiqamah tu bukan setakat bermaksud konsisten, tapi ia bermaksud semakin hari semakin baik. So, tengok diri sendiri sekarang, adakah kita semakin baik, atau semakin tak baik :)


Aurat lengan yang kadang-kadang kita tak perasan masa angkat-angkat barang, masa angkat tangan nak jawab soalan, ada yang kita tak perasan terselak ke apa. Sebagai langkah penjagaan yang maksimum, pakai je handsocks, sekarang pun dah banyak orang yang jual handsocks comel-comel lagi. ^^ Kepada penjual-penjual produk online mahupun offline, teruskan menjual produk muslimat. Bentangkan banyak pilihan untuk para muslimat menutup aurat dengan sempurna.


Jadikan diri kita tu tak kisah untuk berpanas-panas sekejap kat dunia ni dengan handsocks, tudung yang labuh, stokin, inner untuk tudung jarang and so on. Daripada kita 'berpanas' kat sana, takutkan :'( Slowly, insyaAllah. Muslimat patut sedar (termasuklah diri sendiri) selain dari tuntutan fesyen semasa, ada yang wajib kita capai iaitu Mardhatillah (redha Allah).



So, kat sini disertakan beberapa blogshop yg jual handsocks, banyak lagi sebenarnya, kalau nak tengok lagi banyak pergi kat my instagram account@frhwaheeda lepastu pergi tengok instagram yang saya follow, ada la banyak blogshop yang jual handsocks ^^



lacey handsocks from CalaQisya // Diamond handsocks from NMC

Cotton handsocks from Muslimah Clothing Couture//T-shirt handsocks fromTheMahabbah

colour handsocks

Untuk menginspirasi kan muslimat lain yang nak keep on berubah dari yang lebih baik boleh la try baca:
korang ada pengalaman tentang masa mula-mula pakai handsocks? ce cite sikit apa sebab yang membuatkan korang tergerak nak pakai ;)


p/s: aku tak suka menulis perihal cerita peribadi hatta aku sendiri pun tak suka nak tahu cerita jiwa lain, yang aku mahu, adalah membawa jiwa-jiwa yang aku sayang ke syurga, sahabat-sahabat muslimat yang tak berpeluang utk aku jumpa dan bercerita, lalu aku berkongsi di alam maya. kerna, itu matlamat aku, utk berjuang dengan mata pena. 'Asif kalau ianya tak memenuhi spesifikasi yang kamu mahu.  
"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^