Saturday, June 4, 2011

nukilan hati ini :(

ASSALAMUALAIKUM..

hmm..tq sudi buka blog aku yang x seberapa ni.:( hmm... maybe this is my last post till after SPM... mlm tepat jam 10 malam 3 jun..aku terlihat jam kalendar dlm bilik aku..hum..tgok3...




hmmm ..bukak mate..tgok2..da blan 6  daa..Ya Alah.kejap nye..huhuhu….  SPM!!!!!!!
X PREPARE  APE2 agi ni..huhuhu.aku main2 lagi n..Ya Allah… bgilah aku  cahaya petunjuk yg berkekalan sehingga dan selepas SPM..  aku nak tggalkan tampuk lama..xkan la nak biarkan sejarah PMR berulang kembali.. da ckup aku teraniaya dengan result tu.. tapi…aku sedar , mungkin ada hikmah Allah bg kat aku cam tu…..
Aku bersyukur..:( 
Namun… aku x bleh duduk diam gtu je. Aku kna berusaha lebih ag..sesungguhnya PMR sgt2 senang..tp senang UPSR ag,,haha…ehh2.. xbaek riak..hehe.tp realiti..
Korang nak tau x? pg kelmarin dulu..aku mimpi, ntah siape la..yg dtang kat aku..he said
“suzi, kau  tau x!! kau jauh ngn Allah sekarang ni” aku terus tersedar  bgun..n xleh tdo..mase tu..aku tgok jam lam pkol 4.45 pagi.. hum..then, I rushly go to toilet to get wuduk …. Acely, aku x solat isyak lagi.. nasib baik la mimpi tu ggu aku..
Thannks sangat YA ALLAH..
Tpi aku akui…aku lalai gak la time balik cuti ni..ampunkan lah aku ya Allah..
YA ALLAH
AKU MOHON KPADA MU,
JAUHKAN LAH DRI AKU DR SGALA MAKSIAT,
TGUHKANLAH PENDIRIANKU , KEIMANANKU, KETAKWAANKU PADA MU…AKU MOHON YA ALLAH…AKU SEORANG INSAN YANG LEMAH..IMAN X TETAP..YA ALLAH.TLONGLAH HAMBA MU INI…

Aku pom da umur 17..m..mcm2 nak try bnda baru..mcm2..huhuhu.walupom bnda x petim n akan merosakkan hidu aku..
elakkan dri aku drpd berkasihan..mmg x ley nak tipu dri sendiri.mulut bleh la ckap x..
um..  elakkan lah aku dri perkara tersebutt...amin~~~ aku mohon Ya Allah..

Apabila kita menyebut tentang cinta Allah, ianya mestilah bertempat di hati sebab hati dicipta untuk merasai dzauqi atau
kelazatan menghayatinya. Hati juga tempat makrifat, tempat iman, tempat rindu. Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi
kepada 4 peringkat, iaitu :
1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat kepada Allah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat kepada Allah.

Lalai dalam jaga...



Lihatlah dunia ini..
Indah luar dan dalamnya..
Menutup dan menaungi mata kita...
Sampai bunga layu itu kelihatan ceria..
Manusia memang..
Memang cepat dikabui...
Apa pun datang...
Maka itu manusia terima dengan tenang...

Moga hati ku ini terbuka dan jelas..
Jelas dari segala kelalaian..
Apakan daya..
Dunia ini terlalu berkuasa...
Untuk mata hati jiwa ku yang seindah biasa ini...
Melawan penangan introspek dunia...

Aduhhh..
Bertapa ku sedar aku sedang lalai..
Lalai dalam jaga tetapi ku tak berdaya..
Mengayuh kudrat melawan hidayat...
Melawan pepijat di dunia..
Yang datang menghidap darah-darah mangsa yang lena...
Lena dengan jaganya yang tidak nyata...
 

Parents blessing..






Remember..
Whatever we do, no matter how hard we study, how clever and great we are in studying, don't forget to get our parents blessing, Their blessing in our life is more meaningful than any other gold or treasure. Please, don't forget our parents, not a single minutes. Me, as i can say, never forget my parents, peace be to god Allah for His blessing in me, and i always pray for my parents healthiness  and God's bless upon them. 






You know, at Rasulullah's time, when Rasulullah ask his Sahabat ( God bless on them ) to go for Jihad to defend their Islam from their enemy, all the sahabat answer Rasulullah's call with high spirit and jihad in them, and this include a young boy. But suprisingly for the young boy, Rasulullah stop him, after three time of attemting to join the jihad call, Rasulullah still stop him. So the boy ask Rasulullah why, and Rasulullah said that does he ask for his parents blessing or not? He said that he did not ask from them, so Rasulullah told him that parents blessing is important even to go jihad. 






So my friend, if jihad also we must ask for our parents blessing, what about this studying life of us? So ask for your parents to pray for you, and insyaAllah you will be successful in your studying.



Friday, June 3, 2011

jom hayati :)






114 surat cinta yang tersia

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Cuba hayati kisah 'Saya dan Michiko' ini dan renung kembali. =)
Cahaya hati-Opick
saya dan Michiko





Bayangkan. anda menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih namun anda tidak memahaminya. Sedangkan ianya sebuah kata-kata cinta yang penuh bermakna. Allah itu telah mengutuskan 114 surat cintanya kepada kita (surah-surah dalam al-Quran.) Namun, bukan semuanya yang benar-benar kita fahami. Sedangkan surah al-Fatihah pun kita tidak berapa faham. T____T Apatah lagi surah-surah yang lain. Sedangkan surat-surat cinta yang Allah utuskan mengandungi peringatan serta kisah-kisah yang perlu diambil iktibar. 


"Saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun."

"Yalah, kita tidak serius dalam solat"

"Punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting"

"Bagaimana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni penting ? "

"Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa. Tak terasa pun kalau solat tertinggal, tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai tapi kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik??"

"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"

"Nabi Muhammad s.a.w kemudian para sahabat." 

(Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah.)


"Mengapa kita berbeza dengan mereka?" 
"Sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita"

"Kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan. Bayangkan  apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat guna nak call parents, suami/isteri/anak, kawan-kawan. Rasa macam kurang selesa kan?"

"Allah lebih penting dari segala-galanya. Sebab Dialah yang mengadakan segala-galanya."


"Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian? Kita sujud tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikan-Nya."


"Itu baru kalimah yang mudah-mudah. Tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."

"Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat."
"Tu yang solat. Yang tak solat ?"

"Tak hairanlah kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"



Hmmm. Saya berfikir dan terus berfikir. Sesungguhnya kita masih belum mampu membesarkan cinta UTAMA kita. Kita belum mampu merasakan Dia penting dalam kehidupan kita. Istighfar. 

Kejayaan Tidak Seperti Menjamu Selera Di Kedai Makan




assalamualaikum.. ! 
^_^
apa khabar badan dan iman kita hari ni? huhu
mudah mudahan mantap sokmo kesihatanya ye 
nak kongsi satu artikel from www.iluvislam.com..
ssangat best.. bace la jom.
okay ? :)

Dunia seakan-akan gelap. 

Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. 
Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?


Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. 
Semua insan pernah gagal kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.



Seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri". 

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.



Sayangi diri dan buatlah sesuatu demi kebaikannya, yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?".

Para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!".

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?".



"Belajar sungguh-sungguh!".
"Jaga hati!".
"Pakai topi keledar!''.


Maka kata si guru, "Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya.Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima".




Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah.

Katanya, "Bagus!".

Maka orang di sekelilingnya hairan. Sepatutnya lelaki itu marah, kan?

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?".


"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya, kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!".

"Bagus!"

Orang di sekelilingnya bertambah hairan. "Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Di kafeteria ada makanan yang enak serta kopi panas yang pastinya menyelesakan. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu".

Orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!".


Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata, dan pastinya keputusan. Ini memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif.

Sentiasa positif dan optimis!!


Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi; Menuju Kejayaan. "Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah".

Sesungguhnya kejayaan itu tidak seperti menjamu selera di kedai makan.

Takut untuk bercinta kerana malu





Persoalan bercinta sebelum berkahwin? Bercouple?


Indahnya tika bercinta, nikmat terasa, bahagia segalanya. Jauhkanlah semua itu, janji yang diikat yang tidak menjanjikan apa-apa. Hanyalah janji-janji kosong semata-mata.


“ jika Allah datangkan kesedaran kepada kita supaya meninggalkan cinta seseorang wanita itu, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNYA. Jadi, kenapa masih ragu-ragu?
~korn agak2nye hg rase org yg bagi msj nie kt aku tau cerita cinta aku x??


Semalam, mendapat mesej dari seorang sahabat yang masih mencari-cari jawapan sebenar persoalan yang bermain di hati, “penyakit hati”?



Bila hati dan perasaan sudah bermain dengan perkara tersebut, maka tak mustahil setiap perkara yang mendatang pun akan memikirkan perkara yang sama, cinta? Perkataan yang senang sahaja disebut dan dipandang indah oleh orang yang betul-betul memahaminya sahaja.

Jangan sesekali bermain dengan perkara yang tidak pasti, apa yang ingin dijanjikan oleh sahabat-sahabat kita yang sedang bercouple di luar sana? Mereka berjanji untuk berkahwin apabila masanya sudah tiba?

Itu semua persoalan yang perlu di jawab oleh semua orang, tak kisah la siapa pun, yang baru ingin mengenali istilah couple atau pun yang baru sahaja ingin mencuba. Satu kenyataan bahawa “ tak patut ada istilah cinta sebelum kahwin”, nama pun sudah disebut dengan penyakit hati, maka buanglah penyakit itu jauh-jauh.

Jika hubungan yang dijalinkan itu berjaya hingga ke pelamin pun, tapi itu semua tidak seelok yang kita mahukan dan tak seindah yang kita semua mahukan. Zaman bercouple yang tidak syara’ tersebut diakhiri dengan perkahwinan? Perjalanan ke pelamin pun sudah tidak syara’ masakan akan wujud keluarga yang sakinah.

Zaman bercouple yang sudah di isi dengan pelbagai maksiat yang sedar tak sedar dilakukan. Segala kenangan manis ketika bercouple hanya berteraskan emosi dan nafsu semata-mata. Tidak ! “ kami tak buat apa-apa pun hanya sekadar mesej”, mesej saja-saja, main-main. Tapi mesej itulah yang akan memulakan segalanya. Walaupun tidak bersemuka ketika mesej, tetapi link hati tetap ada. Maka, di situ pun hati sudah dikotori, dikotori dengan gurau senda yang mengotorkan hati dan mungkin modal sebagai perkara yang perlu dikesalkan apabila dikecewakan kelak.




Jadi, macam mana hendak bercinta? Kalau tidak bercinta macam mana nak kahwin?


Adakah masa bercouple di gunakan sepenuhnya iman dan akal dan mengenal hati budi? Atau bercouple suka-suka saja. Tanpa memikirkan kesan yang akan datang. Akibat salah pilih semasa bercouple kerana hanya ingatkan seronok bercouple sahaja, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya menempah derita !


Kita perlu ingat bahawa cinta bukanlah tujuan semata-mata, cinta hanyalah jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan, tetapi ada banyak jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan bukan paling utama untuk mencapai kebahagiaan.


Apabila segala suruhannya dipatuhi, apabila islam di letak di hadapan, segalanya akan terjamin. Peganglah seutuhnya prinsip-prinsip islam, maka akan terjaminlah segala cinta yang dicari dan akan tumbuh segar tak pernah akan layu. Subur indah dan berbunga walaupun tali perkahwinan yang diikat tidak dimulai dengan cinta sebelum kahwin. Dan syariat Allah dijadikan sebagai rujukan utama walaupun ikatan di dalam pergolakan.


Yang pasti! Dan yang perlu di ingat ! kerana hati-hati yang mengingati Yang Satu akan mudah bersatu !


Tidak mengapa dan tidak akan dikesali apabila ikatan yang mahu diwujudkan di mulai dengan perkenalan dan terus berkahwin disusuli pula dengan percintaan. Tidakkah manis jika begini, semuanya tidak ada kemusykilan lagi. Kasih akan berpadu dengan sendirinya.


Seperti Siti Khadijah yang terlebih dahulu mengenali kebaikan Rasulullah s.a.w, kemudian berkahwin dan barulah bercinta. Contoh terbaik kita, Rasulullah pun berbuat sedemikian. Siti Khadijah mengenali kebaikan akhlak Rasulullah melaui orang kepercayaannya Maisarah, terus sahaja meminang Rasulullah. Tanpa merasa keraguaan kerana islam sudah nampak jelas di hadapan.

Untuk mengenali orang yang baik, jadi perlulah melalui orang yang baik juga. Hanya orang yang baik yang mengenal orang baik yang lain. Jangan sesekali mengimpikan pasangan hidup yang baik jika diri dan orang di sekeliling kita masih lagi tidak terarah. Inginkan suasana indah tetapi, tetapi hati masih tidak tergerak langsung untuk menggapainya, impian yang dibekukan tidak akan mudah untuk terjadi dengan sendirinya.


Muslimat pun semestinya mahukan pasangan hidupnya yang terbaik, yang dapat membimbingnya hingga bertemu cinta Allah yang hakiki. Jadi, ingatlah wahai muslimen, jangan diimpikan pasangan hidup yang indah tanpa meyedari diri dahulu, tapi ukurlah diri sendiri dahulu. Persiapkanlah diri dengan perkara-perkara yang sepatutunya. Sempurnakanlah segala yang masih tidak terlaksana, kerana niat ingin menempuh alam perkahwinan bukanlah perkara main-main. Jangan sesekali memandang remeh setiap perbuatan kita, kelak akan menyesal tidak sudah.


Oleh sebab itu, semasa memilih pasangan hidup mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Rasulullah, melalui sabdanya yang bermaksud :

“Dikahwini wanita itu atas empat faktor, harta keturunan, rupa dan agama. Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”


Sungguh indah apabila cinta bertasbih (memuji Allah). Bermaksud bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi masyarakat kita sekarang terbalik, amalan masyarakat sekarang pula sebaliknya apabila manusia bertasbihkan cinta-lalu kehendak Allah tunduk kepada cinta! Memperhambakan diri pula kepada cinta !, tidak pula ingat bahawa kita semua hamba kepada Allah, itulah yang sebenar-benarnya.


Malu itu ibarat permata!


Apabila sudah banyak meluangkan masa bersama kekasih, diluahkan segalanya, isi hati dan perasaan. Menjadi tempat ditumpahkan segala masalah. Diminta untuk dijaga hatinya, tetapi diluahkan kepada insan yang masih tidak halal baginya. Inilah masalah orang islam sekarang, apabila hatinya resah, diadukan kepada insan yang ternyata lemah tidak pula kepada Allah.

Apabila segala kenangan manis sudah dicipta ketika bercouple, jadi apa lagi yang akan manis ketika berkahwin? Hanya penyudah perhubungan sahaja sebelum ajal datang? Atau pelengkap hidup sahaja dalam kebiasaan hidup manusia? Kadang hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta sebelum kahwin tidak seindah dulu, ramai pula jika dilihat orang di luar sana bercerai.


Dulu berpisah ketika bercouple terasa rindu, bagaikan tidak boleh hidup. Tetapi setelah berumah tangga semua itu bagaikan perkara yang tak perlu ada dalam isi hati di dalam berumah tangga. Segalanya layu kerana sudah banyak dirasai ketika zaman muda-muda bercinta dahulu. Semuanya sudah suam, tidak sehangat dulu.



Malu???


Jika kita semua dapat mengekalkan perasaan malu, semestinya perkara-perkara yang memalukan tidak akan pernah berlaku. Bercouple dan lain-lain perkara lain tidak akan pernah berlaku. Tidak akan ada langsung orang yang melakukan dosa kerana malu kepada Allah. Tetapi perasaan malu itu jauh tertanam, langsung tidak digunakan. Banyak hikmahnya, itulah fitrah manusia yang dikurniakan mempunyai perasaan malu. Tetapi digunakan pula perasaan malu tersebut tidak bertempat. Malulah tidak pernah bercouple, malulah tidak pernah menghisap rokok. Semuanya kerana tidak sanggup menahan perasaan malu di hadapan makhluk, tapi sanggup menahan rasa malu dengan Allah. Minta dijauhkanlah dari kita sifat-sifat buruk tersebut.


Boleh diibaratkan seperti permata.


Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin manjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya.

Malu seorang isteri akan disimpan rapi olehnya, hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya sahaja. Disimpan di dalam bekas yang cantik atas bayangan seorang isteri yang solehah. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.


Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan. Jadi beringatlah kita semua, jangan dicari kegelapan, carilah cahaya. Cahaya walaupun sebesar lubang jarum, walaupun kecil tetapi tetap mampu menyinari kegelapan. Samalah seperi titik hitam di atas kertas putih, yang dilihat hanya titk hitam. Tetapi jika di dalam kegelapan carilah cahaya iaitu nur, cahaya islam itu sendiri.


Permata tidak akan disentuh oleh tangan-tangan yang kotor.


Isteri yang menjaga maruah dan nama suaminya bagaikan permata, malunya merupakan perhiasan terbesarnya. Jika muslimen yang mahukan permata yang indah, maka perlulah memperindahkan diri sendiri juga. jangan sesekali menyentuh permata yang cantik dengan tangan-tangan yang kotor. Yang indah juga perlu disepadankan dengan yang indah. Yang harum juga bersama yang harum supaya segalanya saling melengkapi.

Binalah sikap malu apabila sudah tersedar, jika tersentak maka bersegeralah agar semangat untuk berubah, sanggup diubah dan mengubah tidak lenyap begitu sahaja. Dan perlu diingat bahawa malu itu berkaitan dengan iman. Jika tebal imannya maka teballah juga perasaan malunya.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya.”
(Riwayat Abu Daud)



Apabial rasa malu sudah tiada, murahlah segalanya, halal dan haram tidak akan diendahkan lagi. Semuanya dilanggar tanpa segan-silu. Bagaikan haiwan, yang tidak ada perasaan malu.


Menyusurilah semula jalan imanmu untuk mencari malumu.




Bersegerelah menuju keredhaanNYA.

Thursday, June 2, 2011

kau yg pertama & terakhir :)

HARGAI LAH ORANG YANG KITA MILIKI...



JGAN MEMPERSIA2KAN NYE...
Thankksss......
mak, ayah. kak suzi,
kak ana, ema busuk, abe,
n everyone!!!!

sayang sangat2...;)

DOA SEORANG KEKASIH











Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala
 





Thanks bebanyak for choosing thiz song:)

Wednesday, June 1, 2011



Harga Tokek 50 Juta..!!! Terkejut aku bila mengetahui harga tokek melalui lawan sensawang. Harga tokek dinilai melalui berat, berat tokek melebihi 1000grm harga dia memang gila-gila punya. Setakat ini tokek terbesar yang pernah ditemui seberat 64KG dan terjual dengan harga RM64juta.
Semakin maju dunia, semakin rancak pula aktiviti tak bertamadun ini! Dengan sihir orang yang benci boleh jadi sayang, orang yang miskin boleh jadi kaya dan orang yang lemah boleh menjadi kuat. Ini semua kerja syaitan laknatullah yang sentiasa ingin menyesatkan anak-anak adam yang cetek agamanya dan keruh rohaninya.
Bila ditinggalkan kekasih... CINTA dipersalahkan... Bila dikecewakan... CINTA juga dipersalahkan.. Bila kasih tak kesampaian.. CINTA lagi sekali dipersalahkan... Hmm...kasihan CINTA... Sentiasa dipersalahkan... Tahukah KAMU tentang CINTA?
'Cantik..cantik..siapa yang tak mahu cantik? Di puji dan dikelilingi mereka yang mengagumi! Wow! seronoknya jadi insan yang dilabel cantik! Serasa dunia ini kepunyaannya! Alangkah bestnya jadi manusia yang mempunyai kecantikkan dan ketampanan semula jadi yang mampu meruntunkan hati bagi sesiapa yang memandang..
Sebagai wanita pasti mendambakan seorang lelaki yang baik menjadi suami. Kita melihat seseorang lelaki itu pada kerjayaan mereka atau pada kebaikkan mereka.?? Kadang-kadang kita tersilap melihat lelaki pada kerjayanya. Kita beranggapan lelaki yang baik adalah lelaki yang mempunyai kerjaya yang membanggakan. Sebenarnya seorang lelaki yang baik adalah terletak pada agamanya.
Ada sesiapa yang pernah terkena dengan permainan cinta lelaki 'si buaya darat'?Sila angkat tangan bagi yang wanita sahaja. Entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan lelaki buaya darat. Semestinya lelaki spesis buaya inilah yang paling digeruni oleh kaum hawa. Buaya bukan sembarangan buaya, buaya jenis ini hidup di darat jadi lebih bahaya dari buaya yang ada di sungai. Susah untuk kita ketahui dan kenal pasti jenis spesis lelaki buaya darat.

Renungan Khusus Untuk Perempuan -




Azab bagi Perempuan
Saudariku kaum muslimin dan muslimat, ini 'Renungan khusus untuk para wanita'...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

* Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah perempuan yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki bukan muhrimnya.

* Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

* Yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia mengenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.



Share info ini, InsyaAllah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirimkan dan pasti akan bermanfa'at :)

KAWAN~KAWIN~KAPEL~



Al-kisahnya, dia cemburu melihat si teman lelaki ini bersama wanita lain. Di facebook juga, si lelaki ini mempamerkan keakrabannya dengan wanita lain. Jadi dia menyoalku, harus ditamatkan sahaja atau perlu bersabar?


Hikmah

Aku cuba untuk berhikmah dalam menyusun ayat. Agar setiap bait kataku nanti dapat diterima akal dan hati seorang insan yang sedang bercinta. Jadi, aku cuba letakkan diriku di tempatnya. Aku cuba merasai bagaimana perasaan orang bercinta. Orang yang meletakkan seorang lelaki di dalam hatinya. Tapi aku letakkan juga suatu pemisah agar aku temui di mana reflection point bagi kes-kes begini. Jadi, aku pilih syariat Islam sebagai pemisahnya.

Ayat demi ayat aku susun...
"Sebelum kau putuskan untuk bercouple, ada satu perkara yang kau kena terima. Couple ni cuma ada pada nama, tak ada beza pada hubungan atau batas pergaulan. Bila couple, taraf kau dengan kawan perempuan dia yang lain sama je. Macam mana dia tak boleh pegang tangan perempuan lain, macam tu jugalah dia tak boleh pegang tangan kau. So, apa hak yang kau nak tuntut ke atas dia? KAU TAK ADA HAK. So, you have to put all that under your consideration once kau kata nak couple"

Dia masih memandang dan mengangguk. Aku teruskan. Kali ini aku mula berlembut.

"Memang fitrahnya seorang perempuan akan suka kepada lelaki. Tapi, dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tiada ikatan, semuanya cuma lakaran yang samar. Percaya tak, sebenarnya kau coupledengan dia bukan sebab dia kelakar, baik, penyayang, bla bla bla. Tapi sebab korang ada banyak masa bersama."

Dia mula buat muka tak faham. Ok. Jadi aku guna analogi.

"Contohnya kau dan aku. Sekarang mungkin kita sangat rapat. Sampai kau sanggup turun tanya pendapat aku memalam bebuta gini. Tapi once kita berdua dah makin busy, kau dah ada kawan yang lebih banyak masa untuk bersama engkau, kau takkan gigih sangat nak turun jumpa aku. So, faham tak apa yang banyak main peranan dalam sesuatu hubungan? Masa. Yes. Masa. Dan jangan lupa tentang jodoh. Walau dia manusia yang paling baik sekalipun, walau dia manusia yang paling kacak sekalipun, tapi kalau Allah kata korang takkan jumpa, then kau takkan bersama dia."

'Oh.' Satu perkataan keluar dari mulutnya.

"Jadi, tak payah gopoh-gopoh sangat sekarang ni. Bila Allah dah bagi green light dan lampu jalan pun dah focus ke dia, then just goAnd the most interesting part, waktu tu kau dah ada hak untuk tuntut dia luangkan masa untuk kau. Kau dah ada hak untuk dia lebihkan kau dari orang lain. Except mak dia. Itu kena terima lah."

At the end, dia tersenyum.

AWASSS!!! lelaki buaya darat..

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang pernah terkena dengan permainan cinta lelaki 'si buaya darat'?Sila angkat tangan bagi yang wanita sahaja. Entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan lelaki buaya darat. Semestinya lelaki spesis buaya inilah yang paling digeruni oleh kaum hawa. Buaya bukan sembarangan buaya, buaya jenis ini hidup di darat jadi lebih bahaya dari buaya yang ada di sungai. Susah untuk kita ketahui dan kenal pasti jenis spesis lelaki buaya darat.


Mr. Crocodile.
Kebiasaannya lelaki buaya darat memiliki rupa paras yang tampan dan pandai bermain kata-kata. Cukup bermodalkan paras rupa dan ayat manis pasti ramai wanita naif akan menjadi korban cinta mereka. Sungguh kasihan.

Lelaki buaya darat sering bertukar-tukar pasangan. Mereka tidak akan pernah puas dengan permainan mereka mempermainkan perasaan wanita. Visi mereka ' mudah mendapatkan, mudah juga membuang'. 'Amboi sedap dia je dah dapatkan cinta wanita lepas itu senang-senang dia tinggalkan!! Ingat wanita seperti sampah ke.?? Rasa nak lumat-lumat je spesis lelaki jenis ini.!!!'

Warning!buat semua kaum hawa. Berhati-hatilah dari terkena jerat permainan cinta lelaki buaya darat. Laut atau sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya. Di bawah adalah ciri-ciri khas lelaki 'Si buaya darat + lidah bercabang'. 


Lelaki buaya darat ciri khas mereka mempunyai perwatakan menarik.
1- Spesis jenis ini mudah terpikat dengan kecantikan seorang wanita, walaupun sudah mempunyai kekasih tapi tetap juga ingin mendapatkan cinta dari wanita lain. Jadi pada 'u all' yang cun-melecun tu baiklah berhati-hati. Wanita cantiklah sasaran utama mereka.

2. Jika mereka mempunyai kekasih pasti pada mulanya amat menyayangi kekasih mereka, tapi andai pada suatu saat mereka mula terpikat dengan wanita lain sedikit demi sedikit mereka akan menghindari diri dari kekasih mereka. Kalau terperasan akan perubahan sikap boyfriend 'u all' dah sah dia ada awek lain.


3. Lelaki buaya darat kebiasaannya mempunyai sikap yang baik dan kelihatan 'innocent'. Sikap inilah yang mudah membuat wanita jatuh hati. Tapi awas!! sikap inilah yang akan memakan diri 'u all'. Di depan sangatlah baik, tapi di belakang mulalah berubah sikap menjadi buaya.

Cinta hanya permainan bagi lelaki 'si buaya darat'.
4. Pandai menipu dan menutup kesalahan itulah lelaki si buaya darat. Wanita yang naif sering tertipu dengan sikap mereka yang bajet baik.

5. Spesis jenis ini amat pandai menabur janji manis yang akan membuat wanita merasakan seperti diatas awang-awangan dibuai mimpi dan angan-angan yang sama sekali tidak akan terjadi.

6. Tidak pernah merasa puas dengan wanita. Mudah berpaling dari satu pilihan ke pilihan yang lain. 'Wah!! banyak betul pilihan.huhu..'


Kekecewaan dan kelukaan terkesan dihati selepas mengetahui diri dipermainkan.
Sebagai seorang wanita aku amat bersimpati pada wanita yang pernah terkena dengan lelaki buaya darat. Hati mesti terluka tatkala mengetahui diri hanya sebagai permainan. Jika 'u all' berhadapat dengan situasi ini janganlah terlalu bersedih.

Fikirlah secara positif, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ujian yang datang, terimalah dengan redha dan berlapang dada. Jadikan ianya sebagai pengalaman hidup dan pengajaran. Ingat satu perkara 'wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya'. Berdoalah sentiasa semoga diberikan jodoh yang terbaik.

Nasihat aku pula pada kaum adam. Tolonglah jaga perasaan seorang wanita, jangan disakiti perasaannya. Belajar untuk menjadi seorang yang berterus terang dan seorang yang jujur. Jadilah lelaki yang setia pada cinta.

Ingat Allah itu Maha melihat dan mengetahui. Allah sentiasa memerhatikan kita dan mengetahui baik dan buruk yang kita lakukan. Setiap keburukan dan kebaikkan yang kita lakukan pasti ada imbalan dan balasannya. Buruk yang kita lakukan, buruk juga balasannya begitu sebaliknya.

"Hargailah orang yang menyayangi kita."

Nota kaki : Aku dok cerita pasal lelaki buaya darat ni ada pengalaman ke.?? Itu biarlah rahsia..hehe..tiada siapa yang terkena dan dikenakan.=)


"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^