Saturday, April 30, 2011

Ada Apa Dengan Cinta?


 

salam.. post ni plak aku nak kongsi artikel yg aku jumpa..hehhe..hrp bg motivate kat  semue n aku gak!!! slmat baco!!


Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri dan mampu mengenal mana baik dan buruk, Umur sebegini, orang muda cenderung untuk rasa disayangi. 

Mengapa bercinta? Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan contohnya melihat kawan sedang 'bahagia'. Terkadang remaja bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik kerana katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat.

Sebelum bercinta pernahkan anda terfikirkan perkara-perkara ini :-

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
  • Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan, ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya.
2. Apa matlamat anda bercinta?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga?
3. Mengapa Anda Bercinta?
  • Kerana cantik rupanya?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun.
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya?
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
  • Duit biasiswa @ PTPTN? 
  • Duit gaji anda?
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?
Menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan apa yang haram. Ia juga menunutut pengorbanan lebih dari jiwa raga.

Jika anda punya matlamat jelas melalui  5 persoalan di atas, anda  redha dengan kemungkinan yang berlaku sepanjang perhubungan, tidak menyalahkan takdir dan perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak, maka silalah untuk bercinta. Anda akan dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan kerana matlamat anda jelas..
 

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^