Thursday, May 16, 2013

taklim ~

assalamualaikum sahabat yang aku sayang keranaNYA. taklim ? apa maksud tersirat ? uhuuuuuuuii.

pengajaran agama (Islam); pengajian: 
sejujurnya. di tanah uitm puncak alam  baru ku sedar pentingnya taklim . tu pun dah sem 2. last sem aku kat sana. Better late than nver , rite? hee. 
aku start join tu pun kawan aku yang ajak. tq awak :) hee. mula-mula rasa berat jugak. nak taw sbb apa ?Antara sbb :


  • hilang masa study
  • kalau tdur best lagi
  • badan letih la, penat ~kelas byk sgt , :'(

Berjuta alasan boleh dilayangkan ~HAHA. SETAN ! ! PERSETAN KAN ~

Allah Maha Adil la . xrugi pun kalau join

jalan mujahadah itu ibarat KARPET MERAH YANG BERDURI... alang-alang dah berjalan, baik sampai ke hujung. p/s: mana lagi kau suka, sakit di dunia atau sakit di akhirat? susah dunia atau susah akhirat? take note! dunia = TEMPORARY. akhirat = ETERNAL. so, temporary pain or eternal paina? tepuk dada tanya iman :D


alhamdulillah. selalu murobbi pesan :) 

maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan maka merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada dia sedang baring , duduk ataupun berdiri . Tetapi setelah kami hilangkan kesusahan itu darinya , maka dia kembali seperti asal (derhaka) seolah olah dia tidak pernah merayu kepada Kami akan kesusahan yang telah Kami hilangkan darinya . Begitulah orang orang yang melampaui batas itu memandang baik terhadap apa ysng mereka lakukan ." ( Surah Yunus :12 )

cube kita hayati bait bait maksud surah ini.. rase nye tepat terkene ngn hidung kita.. eh.. bagi ana la..
ana tersentap jugak bila membaca maksud ayat ini..

kite selalu berdoa.. kadang kadang sambil berdiri ,duduk , baring..
tak semestinya selepas sembahyang sahaja.. doa itu mudah..
bila nak masuk toilet pon kite berdoa kan?
contoh bile masuk toilet kite cakap cam ni 


"Ya Allah jangan lah ada org tolak engsel pintu ini sebab engsel pintu ini dah rosak" . itu pon kire doa jugak

dalam pengharapan (dalam berdoa) disertai dengan tawakal kepadanya..

tetapi tanpa kita sedari doa yang kita panjatkan kepadaNya sentiasa dimakbulkan.. sama ada lambat atau cepat atau sama ada di dunia mahupun di akhirat..

mari singkap sebentar firman Allah..

Maksudnya : Diwajibkan keatas kami berperang (menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu tidak sukai . Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai otu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara tetapi ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui segala sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Surah Al Baqarah:216)

Syekh Ibnu A'thoillah telah menyebut:


Maksudnnya : Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalang mu pada Nya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufiq dan hidayat Nya..
Alangkah baiknya jika sangkaan baik itu sentiasa di dalam diri . Menyerahkan segalanya kepada nya .Kerana Dia maha mengetahui hakikat segala sesuatu..
mohon agar diberikan sifat redha dan Qanaah terhadap segala yang telah ditakdirkanNya

ingat ! Allah akan bagi masa yg lebih baik even sekejap untuk menelaah jika kita luangkan masa kpada AgamaNya :)

p/s: mohon dibetulkan jika ada kesilapan

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^