Thursday, August 15, 2013

Muslimat Talk : baitulharakah

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


Aku pernah punyai hasrat untuk pernikahan mewah, dengan jemputan mencecah ribuan, pakaian perkahwinan tajaan pereka terkenal, dengan details indah pada busana, dengan konsep perkahwinan dalam taman atau di hotel-hotel mewah. kaca mata aku dahulu saat aku lihat kegembiraan pengantin pada majlis mewah mereka. senyuman penuh kebahagiaan dan aku tafsirkan majlis sebegitu merupakan sebahagian dari senyuman mereka.


namun, waktu berlalu dan apabila tanpa sedar ada sesuatu yang mematangkan aku. aku tak perlukan kebahagiaan untuk spend ribuan atau jutaan wang untuk majlis yang cuma sehari, sewajarnya aku spend more untuk hari-hari selepasnya, sewaktu melayari bahtera perkahwinan.


Aku tahu, most of perempuan mahukan kenangan indah pada majlis pernikahan mereka, nak kan sweet moments pada hari bahagia mereka. dan dengan itu kami rancak mahukan itu dan ini untuk memastikan momen-momen cinta itu indah.


seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.


Baitul muslim merupakan satu wasilah dalam penyebaran dakwah, hidup saling melengkapi untuk Agama, juga sebagai wasilah untuk menambahkan kecintaan kepada Allah. And the most important is, baitul muslim bukan sekadar baitul muslim. Ada tingkat lebih tinggi yang aku ingin capai, baitul harakah, di mana sesebuah keluarga itu saling bantu-membantu dalam kerja dakwah Islamiyah. 


Yusuf al-Qardhawi pun menggariskan marhalah yang perlu dilalui untuk mengamalkan syariat Islam secara penuh hingga membentuk kepada satu pemerintahan Islam iaitu: (so for those yang belum tahu boleh take note)

1. Mengislah diri sendiri atau membentuk individu Muslim (Fardun Muslim) 
2. Membentuk rumahtangga Islam (Takwin Baitul Muslim) 
3. Membentuk masyarakat yang memahami Islam (Takwin Mujtama’ Islam) 
4. Mendirikan daulah Islamiah 
5. Akhirnya mewujudkan kembali Khilafah Islamiah



"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca al-Quran bersama-sama, namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?"

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional, negeri dan kawasan, bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru al-Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik al-Quran

Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program-program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka."


Allah, cukup indah bila kita dapat bertemu dengan muslimin yang memahami semua ini. Dapat saling melengkapi dengan apa adanya; kelebihan dan kekurangan,dapat saling berbakti untuk Islam. Dapat menyumbangkan sesuatu buat ummah. itu definisi cinta sebenarnya, saling menguatkan dalam Agama :')

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^