Wednesday, June 1, 2011

cinta dalam hati

Selamat bernakal di hujung minggu,rasanya dah lama aku posting tentang cinta,entah kenapa aku tergerak hati hari ini untuk menulis tentang hal ehwal cinta..hekhekhek.

CINTA DALAM HATI,maksud yang mendalam,sesungguhnya kalau kita jatuh kedalam lubang cinta,bermakna kita akan menghadapi perbagai perkara yang positif mahupun negatif bergantung pada pemilihan terhadap pasangan kita.Jika kita sudah sedia menerima cinta tak ubah seperti kita berada di medan perang.Untuk menangkis segala serangan dan rintangan,yer dak?

CINTA DALAM HATI, maksud aku tentang fikiran,tujuan,niat dan harapan untuk menggapai bintang hati yang begitu tinggi.Cinta dalam hati selalunya berlaku kepada insan yang memendam perasaan cinta terhadap seseorang,

Walaupun kita acap kali bilang rindu atau suka pada dirinya,tetapi berat bibir untuk mengukir kata-kata penamat perasaan terpendam seperti "Aku cinta padamu"Mesti dikalangan hangpa semua pernah melalui situasi begini?

Perkara seperti ini pernah aku lalui,dimana di masa aku mengenali seorang gadis yang berperwatakan baik,alim dan rupa paras yang cantik,bagi aku gadis itu cukup sempurna,Dari perkenalkan kami yang agak lama,terbit perasaan sayang sesama insan.Dia tahu aku sayang sama dia dan aku pun mengerti diapun sayang sama aku dari gerak bahasa dan perbuatannya.

Tapi persoalannya yang menjadi tanda tanya dalam diri aku,apakah rasa sayangnya itu adalah cinta seperti yang aku rasakan.Ataupun hanya rasa sayang sebatas sahabat.

Faktor perasaan gundah gulana ini menyebabkan aku bingung,kerana dari perwatakan baik yang dia tonjolkan menjadi bayangan teka-teki bagiku untuk aku menawan hatinya kerana aku sedar akan keburukkan sifat aku

Pernah sekali dia bilang sama aku,dua ayat yang membuatkan hatiku terbungkam

"Kau adalah catatan terindah "
" Maafkan aku menyayangimu"

Entah kenapa aku merasa sukar untuk mentafsir ayat-ayat ini...huhu

Aku dengan mudah boleh bilang rindu padanya,namun hingga kini aku belum pernah berani meminta supaya dia menjadi kekasih aku,kerana aku takut kalau hati ini salah mentafsirkan kebaikan hati dan perasaannya kepada aku..

Bukan aku takut patah hati,tetapi aku takut kehilangan persahabatan yang amat indah sepanjang perkenalan aku dengannya jika dia menolak cinta aku..

Bagi aku persahabatan lebih bermakna,jangan bermain dengan Cinta,jika kita perasaan kita terhadap seseorang berbelah bagi.Apatah lagi kalau kita jenis mudah jatuh cinta dan menerima cinta.Pasti kita akan menghadapi masalah di hari yang mendatang.

Apa yang pasti sekarang ini aku masih bersahabat dengannya..Walaupun perasaan Cinta aku terhadapnya terpendam dalam hati...

Senakalnya Lagi Di Sini Yaw!!!: CINTA DALAM HATI 

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^