Wednesday, June 1, 2011

KAWAN~KAWIN~KAPEL~



Al-kisahnya, dia cemburu melihat si teman lelaki ini bersama wanita lain. Di facebook juga, si lelaki ini mempamerkan keakrabannya dengan wanita lain. Jadi dia menyoalku, harus ditamatkan sahaja atau perlu bersabar?


Hikmah

Aku cuba untuk berhikmah dalam menyusun ayat. Agar setiap bait kataku nanti dapat diterima akal dan hati seorang insan yang sedang bercinta. Jadi, aku cuba letakkan diriku di tempatnya. Aku cuba merasai bagaimana perasaan orang bercinta. Orang yang meletakkan seorang lelaki di dalam hatinya. Tapi aku letakkan juga suatu pemisah agar aku temui di mana reflection point bagi kes-kes begini. Jadi, aku pilih syariat Islam sebagai pemisahnya.

Ayat demi ayat aku susun...
"Sebelum kau putuskan untuk bercouple, ada satu perkara yang kau kena terima. Couple ni cuma ada pada nama, tak ada beza pada hubungan atau batas pergaulan. Bila couple, taraf kau dengan kawan perempuan dia yang lain sama je. Macam mana dia tak boleh pegang tangan perempuan lain, macam tu jugalah dia tak boleh pegang tangan kau. So, apa hak yang kau nak tuntut ke atas dia? KAU TAK ADA HAK. So, you have to put all that under your consideration once kau kata nak couple"

Dia masih memandang dan mengangguk. Aku teruskan. Kali ini aku mula berlembut.

"Memang fitrahnya seorang perempuan akan suka kepada lelaki. Tapi, dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tiada ikatan, semuanya cuma lakaran yang samar. Percaya tak, sebenarnya kau coupledengan dia bukan sebab dia kelakar, baik, penyayang, bla bla bla. Tapi sebab korang ada banyak masa bersama."

Dia mula buat muka tak faham. Ok. Jadi aku guna analogi.

"Contohnya kau dan aku. Sekarang mungkin kita sangat rapat. Sampai kau sanggup turun tanya pendapat aku memalam bebuta gini. Tapi once kita berdua dah makin busy, kau dah ada kawan yang lebih banyak masa untuk bersama engkau, kau takkan gigih sangat nak turun jumpa aku. So, faham tak apa yang banyak main peranan dalam sesuatu hubungan? Masa. Yes. Masa. Dan jangan lupa tentang jodoh. Walau dia manusia yang paling baik sekalipun, walau dia manusia yang paling kacak sekalipun, tapi kalau Allah kata korang takkan jumpa, then kau takkan bersama dia."

'Oh.' Satu perkataan keluar dari mulutnya.

"Jadi, tak payah gopoh-gopoh sangat sekarang ni. Bila Allah dah bagi green light dan lampu jalan pun dah focus ke dia, then just goAnd the most interesting part, waktu tu kau dah ada hak untuk tuntut dia luangkan masa untuk kau. Kau dah ada hak untuk dia lebihkan kau dari orang lain. Except mak dia. Itu kena terima lah."

At the end, dia tersenyum.
"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^