Wednesday, June 1, 2011

Cinta itu merumitkan!!


Siapa setuju? jika aku katakan cinta itu merumitkan! cinta itu membebankan! Alam percintaan sebenarnya bukanlah seindah dibayangkan. Sebenarnya banyak cabaran dan halangan yang mendatang.


Cinta itu merumitkan!
Ada orang sanggup mengorbankan segalanya untuk mendapatkan cinta. Bodoh jika sanggup melakukan apa saja sehingga merendahkan maruah dan harga diri hanya kerana cinta pada seorang insan.

Seperti apakah cinta yang merumitkan itu?sila ikuti kisah dibawah;


Kisah 1

"Si A menyukai si B tapi dalam masa yang sama si A berkenalan dengan si C. Mula-mula hubungan si A dan si C hanya batas sebagai teman rapat. Tapi siapa yang menyangka gelombang cinta tiada siapa yang berhak menghalangnya tatkala ianya datang. Maka, si A pun meluahkan isi hatinya pada si C. Rupanya si C pun ada perasaan yang sama pada si A juga. Tapi si A buntu untuk memilih cinta yang mana, ini kerana si A mencintai si B juga. Kanan dan kiri si A ada si B dan si C. Hendak ditelan mati mak, diluah pula mati bapak. Itulah yang dilema yang dihadapi oleh si A."


Kisah 2

"Ain mencintai Adam sehingga sanggup membiarkan tubuh mungilnya di pukul dan diperlakukan sesuka hati oleh Adam. Kerana terlalu cinta dia pendamkan saja dan telan semuanya."


Kisah 3

"Dia seorang gadis lemah lembut dan baik yang penuh dengan adat ketimuran. Hanya kerana kebaikkan yang ditampilkan dia tidak pernah merasakan cinta. Semua lelaki yang datang padanya akan keluar dari hidupnya . Tiada seorang pun yang melihat kebaikan yang 'dia' ada. Ini kerana semuanya tidak mendapatkan apa yang mereka harapkan."


Kisah 4 

"Teruna mencintai dara dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tapi bila hari perkahwinan makin hampir dara memutuskan segalanya. Hancur musnah dan lebur impian teruna sehingga teruna tidak dapat berfikiran waras dan menamatkan segalanya dengan membunuh diri."

kisah 5

"Berharap dan berharap sehingga sekarang ila tidak mendapatkan cintanya. Selama bertahun-tahun ila menunggu dan menunggu tanpa jemu. Tapi akhirnya kekecewaan yang ila dapat. Kekasih hati meninggalkannya bersama orang lain. Harapan yang hanya sia-sia."

*Nama hanya rekaan semata-mata.


Pasti ada seseorang yang tercipta untuk kita.

Ini hanya sebahagiaan kisah diantara kisah-kisah cinta yang berlaku diluar sana. Sememangnya cinta itu merumitkan. Sedih, gembira, kekecewaan dan kesengsaraan adalah resam bagi yang merasakan cinta. Bukan cinta andai tidak merasakan semua itu.

Bukan semua yang bernasib baik mendapatkan cinta yang dihajati. Buka n semua yang bertuah mendapatkan kebahagiaan cinta yang sebenar. Cinta datang dan pergi begitu saja. Hari ini anda kecewa disebabkan cinta, esok atau pun lusa anda akan menemui cinta yang baru. Cinta yang baru itu tak semestinya memberikan kebahagiaan. Begitulah selanjutnya, sehingga anda menemukan cinta yang sebenar iaitu jodoh yang Allah telah tetapkan.

Jadi jangan risau dan berduka hanya kerana anda kecewa disebabkan cinta. Bangkitlah dan hadapilah hidup ini sebagai satu cabaran. Cinta seperti perjudian, jika kita bernasib baik kita akan mendapatkan kemenangan begitu juga sebaliknya.

Hidup tidak pernah membiarkan anda dengan kekosongan, selalu menggantikan dengan yang lain. Apa yang anda telah hilang kini, itu kerana ianya bukan yang terbaik untuk anda. Pasti akan ada sesuatu yang lebih baik untuk anda. InsyaALLAH(;

Cintailah pada yang Maha Esa, cintailah pada Rasulullah, cintailah pada kedua ibu bapa, cintailah keluarga dan cintailah diri sendiri. InsyaALLAH andai mencintai kesemua itu anda tidak akan terjerumus hanya kerana kecewa dan gagal dalam cinta sesama manusia.

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^