Wednesday, June 1, 2011

Bijak memilih cinta





Setiap orang pasti ada pilihan yang tersendiri dalam memilih pasangan dan yang pastinya meletakkan kriteria seperti cantik/kacak dan ber'hepeng' sebagai pilihan utama. Bak kata orang yang mata duitan 'Ada duit boleh jalan, tak ada duit boleh bla!'.

Lumrah sebagai manusia mengiginkan kesempurnaan, tapi nilaikan dahulu sebaik-baiknya. Jangan hanya kerana paras rupa menawan dan harta yang banyak segalanya dipandang elok. Jangan kerana duniawi hidup dan maruah tergadai kerana ingin mengejar kebahagiaan didunia.

Orang kaya tidak semestinya kaya budi pekertinya.
Orang miskin tidak semestinya miskin budi pekertinya.
Orang cantik tidak semestinya cantik pula hatinya.
Orang tidak cantik tidak semestinya tidak cantik hatinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia." Melalui sabda Rasulullah s.a.w ini telah memperlihatkan bahawa kriteria yang utama dalam mencari pasangan adalah agamanya.

Kesempurnaan terletak dimana kita sanggup menerima kekurangan pasangan kita. Tipulah jika hati tidak suka akan kecantikkan dan kekayaan. Itu lumrah manusia suka melihat akan keindahan. Tapi jangan jadikan pilihan tersebut sebagai pilihan utama.


' Andai satu saat nanti aku dianugerahkan jodoh, demi ALLAH s.w.t dialah yang paling sempurna bagi ku dan aku akan menerima dengan rasa syukur..'

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^