Wednesday, June 1, 2011

Jangan Terlalu mencari kesempurnaan

Aku ada terbaca satu journal yang best dari blog seseorang. Journal tersebut membawa satu kesedaran bagi aku dan membuatkan aku menyedari akan kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Rasa sesal sekarang tidak ada gunanya lagi.Hmm. 'Hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia disisi kita. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu dengan sepenuh hatinya, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada gunanya hendak menyesal kerana perginya tanpa berpatah lagi'. Inilah pengajaran yang telah aku perolehi.

Renungkanlah bersama ayat dibawah ini;

"Kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu."

"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya."

"Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan MENYESAL....

MATLAMAT CINTA
Cinta!! Bukan bermaksud aku sedang dilamun cinta untuk membuat nukilan kali ini. Apa sebenarnya yang diperkatakan oleh cinta? Bagi aku cinta adalah suatu perasaan yang suci dan murni yang lahir dari hati yang tulus. Tidak aku nafikan manusia diciptakan dengan naluri semulajadi untuk mencintai dan menyayangi makhluk yang lain. Ini kerana perasaan cinta itu adalah satu perasaan semulajadi yang tidak boleh dinafikan kewujudannya.

Semua orang pasti akan merasakan cinta dan ingin dicintai. Skop cinta amat luas, boleh saja cinta untuk yang Maha Pencipta, ibu bapa, pada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai dan kekasih. Melihatkan fenomena percintaan remaja zaman sekarang membuatkan aku menjadi gundah. Cinta yang hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata, tiada matlamat dan hala tuju.

Cinta tidak bermakna kita menjadi lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Cinta sepatutnya menguatkan pendirian dan jati diri kita. Cinta itu seharusnya mengukuhkan peribadidan melengkapkan kekurangan diri. Benar, cinta itu mebutakan, tapi ia tidak seharusnya membutakan mata sendiri dari melihat kebenaran.

Ya, aku percaya bahawa cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tiada dengan apa yang diperkatan dengan cinta, maka hubungan demikian hanya sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.

Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan tinggi nilainya bagi pihak lelaki dan perempuan. Jadi janganlah cemarkan cinta dengan perkara-perkara yang tidak baik. Semaikanlah cinta yang telah bersemadi dihati dengan sebaik mungkin dan peliharalah cinta itu sebagai amanat yang perlu dijaga dan dipelihara kedudukannya. Janganlah rosakkan cinta dengan cela dan noda kerana cinta itu ibarat seperti kain putih yang suci.

No comments:

"CARILAH CINTA ALLAH...JIKA KITA LBIHKAN ALLAH..MAKA ..INSYAALLAH , ALLAH AKAN KURNIAKN INSAN YG TRBAIK UNTK KITA=)"



"BERDATINGLAH DGN ALLAH"





nOSTALGIA.........^_^